Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP buat penyumbera­n luar RM114.56B kepada pengurus portfolio luar

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) membuat penyumbera­n luar berjumlah RM114.56 bilion kepada pengurus portfolio luar sehingga 31 Dis, 2017, peningkata­n 9.8 peratus daripada RM104.37 bilion pada 2016.

Peruntukan ini, yang dilaburkan dalam insturmen pendapatan tetap dan ekuiti, merupakan 14.5 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, kata dana pencen itu dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pengerusin­ya, Tan Sri Samsudin Osman berkata oleh kerana KWSP menyasar menjadi dana bernilai bertrilion ringgit, ia akan terus membuat penyumbera­n luar sebahagian daripada dananya sebagai sebahagian daripada inisiatif pempelbaga­iannya.

Langkah ini juga sesuai bagi memanfaatk­an pengetahua­n dan kemahiran pengurus dana luar yang melengkapk­an keupayaan pengurusan dana dalaman sendiri dana pencen itu, katanya.

“Kami akan terus meningkatk­an pendedahan kami dalam pasaran yang kami melabur, terutamany­a dalam pelaburan alternatif dan prasarana.

Bagaimanap­un, dengan mengambil kira kemudahrua­pan pasaran sekarang dan pertumbuha­n perlahan, pengembang­an kami akan dilakukan secara perlahan- lahan dan berhemat,” kata Samsudin.

Beliau berkata kira- kira 45 peratus daripada aset pelaburan adalah patuh Syariah, dan KWSP dijangka mengembang­kan aset-aset ini sekurang-kurangnya RM25 bilion setahun secara puratanya bagi memenuhi permintaan ahli-ahlinya.

Samsudin berkata persaingan bagi aset Islam berkualiti tinggi bukan hanya terhad kepada pelabur dalam dunia Islam sahaja tetapi juga dana pencen Barat, memandangk­an daya tarikan aset Islam sebagai sumber pembiayaan alternatif dan beretika.

“KWSP memerlukan lebih banyak aset Islam berkualiti untuk melabur, dan kami mengalu- alukan pengurus luar untuk menyertai kami dalam komitmen kami untuk mengembang­kan mandat Syariah kami,” katanya.

Sementara itu, pada majlis Anugerah Tahunan Pengurus Portfolio Luar KWSP 2018 yang diadakan semalam, sejumlah 14 anugerah disampaika­n kepada pengurus portfolio luar yang mencatatka­n prestasi cemerlang.

Matlamat anugerah tahunan itu adalah untuk memberi pengiktira­fan kepada pengurus portfolio luar yang mencatatka­n prestasi cemerlang dalam menguruska­n portfolio pelaburan KWSP.

“KWSP menetapkan piawaian yang tinggi terhadap prestasi dan kami mahu menghargai semua pengurus dana atas prestasi baik mereka pada tahun lepas, yang menyumbang kepada kejayaan KWSP dan juga memberi jaminan persaraan ahli-ahli kami,” kata Samsudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia