Utusan Borneo (Sarawak)

Destinasi sehenti menawarkan pelbagai produk keperluan harian

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: AEON Mall Kuching Central yang dibuka pada Jumaat ini menjanjika­n suasana dan pengalaman membeli-belah yang selesa dan menyeronok­kan.

Pertama di Sarawak, ia merupakan rangkaian gedung beli-belah ke-35 mereka di negara ini dengan 135 penyewa.

Pengarah Eksekutif AEON Co (M) Bhd Poh Ying Loo berkata pusat beli-belah yang terdiri daripada tiga aras itu pasti menjadi daya penarik warga Kuching dan pengunjung luar untuk merasai sendiri pengalaman menarik berada di dalamnya.

“Dengan tiga aras tarikan berbeza, AEON Kuching Central akan menjadi destinasi sehenti yang menawarkan produk barangan runcit hingga ke pakaian, gaya hidup, makanan dan minuman serta banyak lagi,” katanya pada sesi lawatan eksklusif media ke AEON semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif AEON Co (M) Bhd Hiroyuki Kotera dan Pengurus AEON Mall Kuching Central Dericki Dingus.

AEON Kuching Central memiliki elemen unik dengan pilihan makanan dan minuman yang menawarkan makanan mudah dimasak dari Jepun seperti sushi, tempura, piza, sandwic dan salad.

Juga disediakan stesen ‘Sedia Masak’, ‘Sedia Untuk Dimasak’, ‘Kaunter Salmon’, ‘Buah Potong dan Jus’ dan ‘Kami Masak Anda Makan’.

Selain itu, AEON Kuching Central juga dilengkapi dengan kemudahan hiburan seperti panggung wayang ( MBO), lounge karaoke (K11), gim (Level Up) dan tempat permainan kanakkanak (Mollyfanta­sy).

Dari aspek tenaga kerja, Poh berkata pihaknya menjangka lebih 1,000 pekerjaan bakal disediakan dengan pembukaann­ya.

“Baru-baru ini 320 individu dari sini yang diambil bekerja dihantar menjalani latihan di Johor, sebelum dibawa semula untuk bekerja di sini,” ujarnya.

AEON Kuching Central terletak kira-kira 25 minit perjalanan dari pusat bandar raya.

Ia dibina dengan keluasan 560,000 kaki persegi dengan 1,800 tempat letak kenderaan.

 ??  ?? PENGALAMAN BAHARU: ‘Sedia Untuk Dimasak’. (Dari kiri) Hiroyuki, Poh dan Dericki menunjukka­n produk di seksyen
PENGALAMAN BAHARU: ‘Sedia Untuk Dimasak’. (Dari kiri) Hiroyuki, Poh dan Dericki menunjukka­n produk di seksyen
 ??  ?? MENARIK: Dericki memberi taklimat kepada media sambil disaksikan Poh.
MENARIK: Dericki memberi taklimat kepada media sambil disaksikan Poh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia