Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel Seri Malaysia Lawas giat promosi produk makanan tempatan

-

LAWAS: Pelanggan utama akhbar Utusan Borneo dan The Borneo Post, Hotel Seri Malaysia (HSM) Lawas kini giat mempromosi­kan produk makanan tempatan sejajar dengan kekayaan Lawas sebagai pusat pengeluar produk makanan tempatan terutama ikan tahai.

Pengurus Besar HSM Lawas Irnal Bahrun berkata selain menyediaka­n kemudahan penginapan yang dilengkapi dengan kemudahan kolam renang dan restoran, HSM turut memperkena­lkan Sudut Malaysiana tahun ini untuk mempromosi­kan produk makanan kering tempatan.

“Sudut Malaysiana diperkenal­kan khusus untuk menjual produk-produk tempatan yang terdiri daripada makanan kering dan cenderahat­i,” katanya ketika memperkena­l- kan Sudut Malaysiana kepada media baru-baru ini.

Hadir sama ialah Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri KPDNKK Malaysia Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti PBB Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Parti PBB Cawangan Bukit Sari, Kauselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa

Beliau berkata, Sudut Malaysiana antara strategi promosi HSM bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabang­sa mencuba keenakan makanan tempatan.

Beliau berkata, keunikan makanan tempatan di Lawas mencipta idea kepada HSM Lawas untuk mempromosi­kan produk makanan kering.

“Setiap kali orang datang ke Lawas kita akan membawa mereka untuk merasai makanan yang boleh didapati dan dijual di HSM,”ujarnya.

Malahan katanya, harga barangan yang dijual adalah sama dengan harga produk yang dijual di tempat-tempat lain di bandar Lawas.

Antara produk yang boleh didapati di HSM ialah produk berasaskan ikan tahai (ikan tahai, sate tahai, tahai berlada dan sambal tahai), ikan bilis, sate bilis, udang kering, kerepek pisang dan kerepek ubi.

Turut dijual ialah kalung manik pelbagai jenis, gelang manik, topi talun serta produk kaum Melayu, Kedayan dan Lun Bawang.

Irnal berkata, sudut itu disediakan untuk kemudahan tetamu hotel terutama tetamu dari Brunei, Labuan, Sabah, Semenanjun­g Malaysia dan luar negara untuk mendapatka­n produk-produk keluaran tempatan.

“Setakat ini kita mendapat sambutan menggalakk­an daripada tetamu yang menginap di HSM dan mereka yang datang menjamu selera.

“HSM akan mempelbaga­ikan lagi pilihan produk dari semasa ke semasa selain memberi peluang kepada usahawan kecil tempatan untuk menjual produk masing-masing kepada tetamu,” tambahnya.

Katanya lagi, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menyambut baik langkah HSM mewujudkan Sudut Malaysiana dalam mempromosi­kan produk tempatan kepada masyarakat luar.

Sudut Malaysiana dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

 ??  ?? MENDAPAT SAMBUTAN: Irnal (empat kiri) menerima kunjungan Hasbi (kiri), Henry, Awang Tengah (lima kiri), Asfia, Awangku JInal, Dr Abdul Rahman dan Paulus (kanan) di Sudut Malaysiana HSM.
MENDAPAT SAMBUTAN: Irnal (empat kiri) menerima kunjungan Hasbi (kiri), Henry, Awang Tengah (lima kiri), Asfia, Awangku JInal, Dr Abdul Rahman dan Paulus (kanan) di Sudut Malaysiana HSM.
 ??  ?? HASIL TEMPATAN: Irnal menunjukka­n kalung manik dan topi talun yang dijadikan produk cenderahat­i dijual di Sudut Malaysiana.
HASIL TEMPATAN: Irnal menunjukka­n kalung manik dan topi talun yang dijadikan produk cenderahat­i dijual di Sudut Malaysiana.
 ??  ?? PRODUK TERBAIK: Irnal (kanan) bersama penduduk Lawas menunjukka­n tanda bagus di Sudut Malaysiana, HSM.
PRODUK TERBAIK: Irnal (kanan) bersama penduduk Lawas menunjukka­n tanda bagus di Sudut Malaysiana, HSM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia