Ibu bapa diajak berperanan memberi perhatian terhadap pendidikan anak
KUCHING: Ibu bapa diajak memain peranan dengan memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak tanpa bergantung 100 peratus kepada guru.
Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“Kita harus memberi dorongan kepada anak- anak supaya menjadi murid yang pandai dan mempunyai citacita.
“Di sini ibu bapa juga memain peranan untuk memberi perhatian kepada anakanak dan jangan membiarkan guru 100 peratus dalam mendidik anak-anak,” katanya berucap merasmikan penangguhan Program Motivasi Tahun 6 iaitu ‘Strive For Excellent 2018’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2 di Engkilili baru-baru ini.
Menurut Dr Rayong, program yang diadakan itu amat baik dan digalakkan bagi merangsang semangat murid.
“Ini kerana program sebegini dapat memberi dorongan dan rangsangan kepada murid supaya lebih bersemangat dan bermotivasi,” katanya.
Sementara itu, Guru Besar SK Engkilili No.2 Ajan Embang berharap sekolah akan dapat mencapai peratusan murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat ditingkatkan pada tahun ini.
Beliau turut melahirkan penghargaankepadaDrRayong yang menyumbang bantuan demi menjayakan program yang amat bermakna itu.
“Kita berterima kasih kepada Yang Berhormat (Dr Rayong) atas sumbangan cek sebanyak RM3,000 kepada PIBG sekolah dan RM2,000 terdahulu untuk menjayakan program motivasi ini,” katanya.
Majlis turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Thomas Kanyan. MIRI: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin menyampaikan geran pendidikan RM100,000 kepada SM Pei Min pada majlis ringkas di sini, semalam.
Geran terbabit adalah daripada kerajaan negeri yang telah memperuntukkan bantuan RM7 juta kepada 14 sekolah pensendirian aliran Cina di Sarawak.
“Ini adalah keprihatinan dan usaha kerajaan negeri dalam memberi sokongan kepada pendidikan aliran Cina di sini.
“Gunakan peruntukan ini sebaik mungkin untuk kepentingan pendidikan anak-anak di sekolah ini,” jelas ADUN Senadin itu.
Hadir sama ialah Pembantu Khas beliau Erick Chin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SM Pei Min Miri Wong Hin Chai dan Pengetua SM Mei Min Miri Liau Kok Wei.
Di samping itu juga kata Lee, sokongan sedemikian turut sebagai galakan kepada masyarakat Bumiputera untuk mendapatkan serta mahir pendidikan aliran Cina agar memberi kesan positif dalam bidang pendidikan.
Dalam pada itu, Lee mahu kerjasama berterusan daripada sekolah-sekolah persendirian berkenaan bersama kerajaan negeri.
“Kerajaan akan terus membantu menyalurkan bantuan kepada sekolah aliran Cina demi kepentingan pendidikan di sini.
“Oleh itu, kerjasama berterusan juga diperlukan bagi mencapai manfaat bersama,” tambahnya.