Suspek dakwa tertuduh bersama pukul pengasuh
OUAGADOUGOU: Seorang guru sekolah diculik pada minggu lepas di utara Burkina Faso, kata sumber keselamatan kelmarin ketika pejuang jihad menyatakan dia diculik kerana bercakap dalam bahasa Perancis dengan pelajarnya.
Sekumpulan lelaki bersenjata menculik guru lelaki itu pada Khamis lepas dari sekolah rendah di pekan utara Nassoubou, kata sumber keselamatan dan pegawai tempatan.
Negara Islam di Sahara Agung (EIGS), berpusat di sempadan di antara Burkina Faso dan Mali, memberitahu AFP bahawa ia melakukan penculikan itu.
Jurucakap EIGS yang memperkenalkan diri sebagai Hammar memberitahu guru itu diculik kerana bercakap dalam bahasa Perancis dengan pelajarnya, berikrar bahawa “semua orang yang mengajar dalam bahasa Perancis akan ditentang”.
Dia juga mengaku EIGS mendalangi pembunuhan pada hujung minggu terhadap datuk bandar dari daerah berhampiran Koutougou di wilayah Soum, menuduhnya bekerjasama dengan kerajaan bekas koloni Perancis.
Presiden Burkina Faso Roch Marc Christian Kabore mengecam “pembunuhan yang keji dan pengecut itu” dalam satu kenyataan Twitter.
EIGS diketuai oleh Adnane Abou Walid Sahraoui, sebelum ini dikenali sebagai Al-Qaeda di Maghribi (AQMI).
Wilayah bermasalah Sahel di negara Afrika Barat menjadi sasaran beberapa serangan pejuang jihad sejak 2015, termasuk penculikan beberapa pegawai tempatan.
Pada bulan lepas seorang bekas kaunselor perbandaran diculik di kampung Lassa, juga di Soum, oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal. Dia dibebaskan beberapa hari kemudian.
Menurut angka rasmi, 80 serangan jihad telah berlaku di utara Burkina Faso sepanjang tiga tahun lepas, menyebabkan 133 kematian.
Bandar utama Ouagadougou turut diserang, yang terbaharu pada Mac ketika lapan tentera maut dan 85 orang tercedera dalam dua serangan ke atas ibu pejabat tentera dan kedutaan Perancis di negara iitu. — AFP LONDON: Seorang lelaki dibicarakan bagi pembunuhan pengasuh dari Perancis di London kelmarin mendakwa tertuduh bersamanya memukul mangsa dengan keterlaluan sehingga dia bergelut untuk berjalan.
Ouissem Medouni dituduh membunuh Sophie Lionnet berusia 21 tahun, yang menjaga dua anak pasangannya Sabrina Kouider.
Pada hari kedua memberi keterangan di mahkamah jenayah pusat Old Bailey, Medouni menceritakan tentang satu insiden ketika dia dikejutkan akibat bunyi jeritan pengasuhnya.
“Dia berada di dapur duduk di satu sudut dan Sabrina sedang memukulnya dengan kabel elektrik,” Medouni memberitahu juri.
Medouni berkata dia menghalang pasangannya menyerang Lionnet, yang bekerja untuk keluarga itu sejak Disember 2015, dan membawa pengasuh itu ke sebuah bilik tidur.
“Dia dalam keadaan tidak sihat, saya turut berasa terkejut. Dia tidak dapat berjalan dengan betul,” jelasnya.
Defendan memberitahu juri dia ingat insiden itu berlaku pada 13 September, seminggu sebelum mayat rentung Lionnet ditemui dalam unggun api yang dilakukan oleh Medouni.
Defendan memberitahu mahkamah dia memilih untuk tidak menelefon seorang doktor selepas Lion- net dipukul kerana dia tidak mahu penglibatan pihak berkuasa dan kemungkinan akan membawa pergi anakanak Kouider.
“Saya perlu mendapatkan udara segar dan keluar dari rumah gila ini. Ia adalah keterlaluan,” kata Medouni, yang kemudian keluar berjalan-jalan dan pulang semula ke rumah selepas Kouider menelefonnya sambil menangis.
Dia memberi keterangan telah menemui Lionnet di dalam bilik mandi dan pasangannya melutut di sebe- lahnya, “sambil menangis teresak-esak”.
“Saya berasa sangat terkejut ketika saya melihat kesan lebam tersebut. Apabila saya memikirkannya ini adalah di mana saya patut melakukan sesuatu mengenainya,” jelas Medouni.
Punca kematian Lionnet tidak diketahui disebabkan oleh cubaan untuk menghapuskan mayatnya, walaupun seorang saintis mendapati dia mengalami lebam, dan patah di bahagian tulang dada dan rusuknya di antara 36 jam dan tiga hari sebelum meninggal dunia.
Dia juga diketahui mengalami patah pada tulang rahangnya dalam tempoh beberapa jam sebelum kematiannya.
Kedua-dua Medouni dan Kouider menafikan pembunuhan itu dan mengaku bersalah kerana cuba menghapuskan mayat Lionnet.
Pendakwa raya menuduh kedua-dua defendan menyeksa wanita muda itu dan mengarahkan dia bagi soal siasat, yang telah disiarkan di mahkamah.
Perbicaraan bermula pada 19 Mac dan dijangka berlanjutan sehingga 11 Mei. — AFP