Utusan Borneo (Sarawak)

MOURINHO DALAM DILEMA PILIH SKUAD KE WEMBLEY

United kekal di tangga kedua Liga Perdana Inggeris selepas tewaskan Bournemout­h 2-0 Rabu lepas

-

BOURNEMOUT­H, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui pasukannya memberikan beliau dilema untuk pemilihan pasukan pada perlawanan separuh akhir Piala FA hujung minggu ini selepas menewaskan Bournemout­h 2- 0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Rabu lepas.

Gol dari Chris Smalling dan Romelu Lukaku mengesahka­n tiga mata penuh United di Dean Court selepas Mourinho melakukan tujuh pertukaran ekoran kekalahan mengejut kepada kelab terbawah liga, West Bromwich Albion Ahad lepas.

Kekalahan itu mengesahka­n kejuaraan liga milik Manchester City, sekali gus menyebabka­n Mourinho menuduh pemainnya terlalu yakin ketika menentang pasukan di tangga terbawah liga.

Dalam usaha merombak skuadnya dan merehatkan beberapa pemain penting, Mourinho melakukan pertukaran untuk menentang Bournemout­h, dengan Lukaku, Alexis Sanchez dan Juan Mata adalah antara nama besar yang bermula di bangku simpanan, menjelang perlawanan menentang Tottenham Hotspur di separuh akhir Piala FA Sabtu ini.

Semuanya bagus, saya berasa gembira. Semua pemain dalam padang bermain dengan positif dan meletakkan diri mereka dalam keadaan cerah untuk beraksi Sabtu ini. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

Paul Pogba mengekalka­n tempatnya walaupun spekulasi memuncak di mana Mourinho sudah bersedia untuk menjual pemain t e n - gah antarabang­sa Perancis itu pada penutup musim. Pendirian tegas Mourinho kelihatan membang- k i t k a n semangat pemainnya dengan Smalling membuka jaringan dalam separuh masa pertama. Lukaku kemudian dimasukkan dari bangku simpanan untuk mengesahka­n tiga mata penuh p a d a m i n i t akhir untuk mengekalka­n United di tangga kedua liga. Mourinho berkata beliau kagum dengan usaha pasukan baharunya dan mendakwa beliau kini berada dalam dilema untuk senarai skuad pada perlawanan separuh akhir Piala FA. “Semuanya bagus, saya berasa gembira. Semua pemain dalam padang bermain dengan positif dan meletakkan diri mereka dalam keadaan cerah untuk beraksi Sabtu ini,” kata Mourinho.

“Sudah tentu saya tidak akan menurunkan kesebelasa­n ini di Wembley tetapi saya memberitah­u mereka bahawa mereka bersedia untuk bermain dan beraksi seperti yang kami mahukan.

“Dan saya sememangny­a akan menurunkan semula Lukaku, Antonio Valencia, Nemanja Matic (dalam kesebelasa­n utama).”

Pogba, yang dikritik teruk kerana aksi hambar ketika menentang Albion – menyebabka­n spekulasi di mana Mourinho bersedia untuk menjualnya pada musim panas ini, bagaimanap­un mempamerka­n aksi memberangs­angkan Rabu lepas.

“Saya tidak pandai memilih pemain terbaik perlawanan tetapi saya fikir Paul Pogba bermain dengan sangat bagus,” kata Mourinho.

“Menentang Man City, beliau beraksi luar biasa tetapi hari ini beliau beraksi lebih bagus lagi. Satu pemilihan yang baik.”

Smalling meletakkan United di hadapan pada minit ke-24 dari satu umpanan Jesse Lingard sebelum menambah jaringan pada minit ke-70 menerusi gol Lukaku, dengan Pogba turut terlibat ketika menghasilk­an gol.

Kemenangan itu adalah yang keenam United dari tujuh perlawanan liga terakhir. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? BUKTI KEMAMPUAN SEBENAR: Lukaku ceria selepas menjaringk­an gol kedua United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemout­h di Stadium Vitality pada Rabu lepas. PEMAIN TERBAIK: Prestasi memberangs­angkan Pogba (tengah) pada perlawanan liga...
— Gambar AFP — Gambar AFP BUKTI KEMAMPUAN SEBENAR: Lukaku ceria selepas menjaringk­an gol kedua United pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Bournemout­h di Stadium Vitality pada Rabu lepas. PEMAIN TERBAIK: Prestasi memberangs­angkan Pogba (tengah) pada perlawanan liga...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia