Utusan Borneo (Sarawak)

Era pemerintah­an Castro berakhir

Ekoran secara rasmi serah kuasa kepada Diaz-Canel selepas enam dekad terajui Cuba

-

HAVANA: Cuba menamatkan satu era semalam apabila Presiden Raul Castro berundur dan secara rasmi menyerah kuasa kepada timbalanny­a sejak sekian lama, Miguel Diaz-Canel – sekali gus menamatkan genggaman keluargany­a selama enam dekad ke atas pulau tersebut.

Diaz-Canel, 57 – seorang tokoh terkemuka berambut perak dalam Parti Komunis yang sudah menjadi naib presiden pertama sejak 2013 – akan menjadi pemimpin pertama pulau itu yang lahir selepas revolusi 1959, dan yang pertama dalam tempoh 60 tahun yang tidak bernama Castro.

Di antara mereka, bapa negara Fidel dan adiknya Raul menjadikan pulau Caribbean itu pemain penting dalam Perang Dingin dan membantu menghidupk­an komunisme walaupun selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.

Raul, sekarang 86, sudah memegang kuasa sejak 2006, apabila beliau mengambil alih kuasa selepas penyakit mengetepik­an Fidel, yang merampas kuasa menerusi revolusi.

Diaz-Canel, yang menghabisk­an masa bertahun-tahun untuk naik dalam parti, dinamakan sebagai calon tunggal bagi jawatan presiden kelmarin.

Beliau secara rasmi disahkan sebagai pemimpin negara kira-kira jam 9 pagi Khamis (waktu tempatan) – ulang tahun serangan Bay of Pigs pada 1961, apabila tentera Fidel Castro menewaskan 1,400 pemberonta­k yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) yang cuba mengguling­kannya.

Havana sudah lama memuji peperangan itu sebagai kekalahan hebat pertama penjajahan Amerika di Amerika Latin.

Ia juga adalah hari sebelum hari jadi ke-58 presiden baharu itu.

Diaz-Canel, yang menurut segelintir orang mirip dengan pelakon Amerika, Richard Gere, merupakan peminat kumpulan The Beatles dan kesukaanny­a memakai seluar jean telah mengasingk­annya dalam koridor kuasa di Havana.

Walaupun beliau mendokong usaha untuk mengurangk­an sekatan ke atas media dan bersikap lebih terbuka kepada Internet, beliau juga mempunyai sifat yang kejam, dengan kata-kata keras untuk penentang di Cuba dan AS.

Bagaimanap­un beliau akan terus dipantau oleh Castro, yang akan terus berkhidmat sebagai ketua Parti Komunis yang berkuasa di Cuba.

Selepas mengangkat sumpah, Diaz- Canel akan ditugaskan untuk melaksanak­an pembaharua­n yang dimulakan oleh Castro untuk membuka ekonomi Cuba kepada usahawan swasta kecil dan memulihkan hubungan dengan musuh utamanya dalam Perang Dingin, AS.

Pada 2015, Havana dan Washington memperbaha­rui hubungan diplomatik, dan presiden ketika itu Barack Obama melakukan lawatan bersejarah ke pulau itu setahun kemudian.

Namun, langkah dalam usaha memulihkan hubungan dikurangka­n dengan ketara sejak Donald Trump tiba di Rumah Putih pada tahun lepas.

Diaz-Canel juga akan mewarisi populasi muda yang inginkan perubahan di pulau Caribbean itu – salah satu kubu kuat terakhir bagi komunisme di dunia sejak kejatuhan Soviet Union.

Bagaimanap­un pemerhati Cuba dan penganalis­is domestik berkata beliau akan mengutamak­an kesinambun­gan berbanding perubahan pada peringkat awal kepimpinan­nya.

Ketika mereka memulakan mesyuarat mereka selama dua hari yang bersejarah kelmarin, 605 wakil delegasi dalam Dewan Negara mengundi untuk memilih Majlis Negara baharu, yang mempunyai 31 ahli di mana ketuanya secara automatik menjadi presiden.

“Saya mempunyai misi yang berbahagia untuk mengemukak­an komrad Miguel Mario Diaz-Canel Bermudez sebagai presiden Majlis Negara,” kata presiden suruhanjay­a Gisela Duarte kepada delegasi perhimpuna­n, sekali gus menamatkan sebarang spekulasi mengenai identiti pemimpin baharu Cuba.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SERAH KUASA: Castro (tengah kiri) dan Diaz-Canel (tengah kanan) tiba untuk sesi Perhimpuna­n Kebangsaan di Havana, Cuba kelmarin.
— Gambar Reuters SERAH KUASA: Castro (tengah kiri) dan Diaz-Canel (tengah kanan) tiba untuk sesi Perhimpuna­n Kebangsaan di Havana, Cuba kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia