Utusan Borneo (Sarawak)

MAYAT SUAMI DITEMUI, SAR ISTERI DIPERGIAT

-

KABONG: Mayat seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang di laut ketika menangkap ikan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 10 kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) dekat sini, pagi semalam.

Mayat mangsa yang dijumpai adalah seorang lelaki dipercayai Yunus Morni, 58.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan perairan berhampira­n Pantai Tanjung Kembang Kabong pada jam 9.30 pagi.

“Berikutan penemuan itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Betong untuk proses selanjutny­a.

“Setakat jam 5 petang tadi (semalam), usaha SAR seorang mangsa wanita iaitu isteri mangsa Zahara Hamzah, 54, masih lagi diteruskan dan belum membuahkan hasil,” katanya ketika dihubungi media, semalam.

Dalam kejadian tersebut, pasangan suami isteri terbabit yang berasal dari Kampung Semarang, Pusa telah keluar ke laut untuk menangkap ikan pada awal pagi 18 April.

Namun pada jam 9 pagi, seorang nelayan, Madihi Rahmat, menemui bot mangsa hanyut di perairan kawasan Tanjung Kembang Kabong, dan kedua- dua mangsa tidak dijumpai di dalam bot terbabit.

Berikutan itu, laporan telah dibuat mengenai kehilangan mangsa sekali gus menyaksika­n usaha SAR terus dilancarka­n yang melibatkan pihak bomba, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.

 ??  ?? MALANG: Mayat seorang lelaki dipercayai Yunus Morni dijumpai pasukan SAR kira-kira 10 kilometer dari PKB, pagi semalam.
MALANG: Mayat seorang lelaki dipercayai Yunus Morni dijumpai pasukan SAR kira-kira 10 kilometer dari PKB, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia