Utusan Borneo (Sarawak)

ESHN bukan tiket ‘pencen’ ke laut

Jangan berhenti turun ke laut jika tidak mahu bantuan dihentikan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Nelayan yang telah menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) tidak seharusnya ‘pencen’ atau berhenti turun ke laut jika tidak mahu bantuan itu dihentikan.

M e n t e r i M u d a Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memantau nelayan yang bertindak sedemikian.

“Jangan pula apabila m e n d a p a t E S H N , nelayan tidak mahu turun menangkap ikan kerana LKIM akan memantau serta berhak menghentik­an b a n t u a n m e r e k a , ” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata demikian pada Majlis Penyerahan ESHN Secara Tunai Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri.

Beliau bagaimanap­un menambah, ESHN yang disalurkan kerajaan sejak Jun 2008 mampu mengurangk­an beban golongan nelayan.

Perdana Menteri dalam pembentang­an Bajet 2015 turut menaikkan kadar bantuan iaitu RM300 bagi nelayan Zon A, RM250 nelayan Zon B, RM200 nelayan Zon C dan RM150 bagi nelayan Zon C2.

“Bayaran akan dibuat kepada nelayan yang telah memohon menggunaka­n borang serta telah diluluskan LKIM dengan bayaran dikreditka­n ke dalam akaun mereka,” jelasnya.

LKM juga katanya, mencadangk­an agar tempoh usia nelayan yang menerima ESHN dipanjangk­an daripada 70 tahun kepada 75 tahun.

“Harapan LKIM ialah untuk melihat nasib nelayan terbela serta mengharapk­an agar elaun cara hidup mereka dapat dipanjangk­an sehingga berusia 75 tahun,” katanya.

Selain ESHN, LKIM s e n t i a s a m e r a n c a n g untuk terus membantu nelayan yang berdaftar dan berkelayak­an.

Antara jenis bantuan yang disediakan termasuk bantuan subsidi minyak, bantuan bot serta peralatan menangkap ikan.

Lee juga menasihati nelayan mengetahui tarikh tamat tempoh elaun sara hidup, memperbaha­rui permohonan­duabulanse­kali, aktif turun menangkap ikan dan mengisytih­ar ikan di kaunter pengisytih­aran.

Seramai 361 orang menerima ESHN melibatkan peruntukan RM105,050 manakala 24 lagi menerima bantuan ‘ Touch Point’ ( peti insulasi dan jaket keselamata­n).

Turut hadir ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Pegawai Wilayah LKIM Wilayah III Miri Norlaili Baharuddin, Ketua Daerah Perikanan Miri Wong Siong Wu dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Miri Malik Bol.

Jangan pula apabila mendapat ESHN, nelayan tidak mahu turun menangkap ikan kerana LKIM akan memantau serta berhak menghentik­an bantuan mereka. Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ??
 ??  ?? SERAHAN: Lee (dua kanan) diiringi Sebastian (kanan) dan Norlaili (tiga kiri) menyampaik­an bantuan ESHN kepada salah seorang nelayan di Miri semalam.
SERAHAN: Lee (dua kanan) diiringi Sebastian (kanan) dan Norlaili (tiga kiri) menyampaik­an bantuan ESHN kepada salah seorang nelayan di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia