Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita warga Indonesia dipercayai melacur ditahan

-

SIBU: Seorang wanita warganegar­a Indonesia ditahan kerana dipercayai menjalanka­n aktiviti persundala­n dalam operasi pasukan polis D7 di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan ke atas bilik hotel sebuah hotel bajet di sini sekitar jam 11 malam, wanita berusia 40 tahun itu juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Polis juga merampas satu keping kondom yang telah digunakan sebagai barang kes.

Seorang lelaki Cina juga ditahan bersama suspek untuk dijadikan saksi kes.

Wanita terbabit ditahan di bawah Seksyen 372B Kanun Kes- eksaan dan Seksyen 6(1)(c) Imigresen 1959.

Dalam kes berasingan, seorang pemilik kedai kopi ditahan polis kerana disyaki menjual loteri tanpa lesen dan penjualan tambah nilai mata kredit berunsur perjudian di premis perniagaan­nya di sini, petang kelmarin.

Bertindak atas maklumat, pasukan polis D7 yang diketuai Inspektor Hairul Hussin menangkap suspek, 27, semasa berada di dalam kedai kopi tersebut.

Semasa pemeriksaa­n, polis mendapati telefon bimbit milik suspek digunakan untuk menjalanka­n penjualan loteri tanpa lesen.

Polis kemudian bertindak menahan suspek dan merampas telefon bimbit, pencetak mudah alih dan sejumlah wang tunai daripada suspek.

Lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahka­n kedua-dua suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? DITAHAN: Wanita warga asing tersebut dicekup di dalam bilik hotel bajet.
DITAHAN: Wanita warga asing tersebut dicekup di dalam bilik hotel bajet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia