Utusan Borneo (Sarawak)

Abg Johari akan berhubung dengan Najib sebelum umum calon PRU14

-

KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau mengumumka­n calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi kerusi parlimen Sarawak.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN Pusat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Pengerusi BN Pusat telah memberi kuasa kepada pengerusi BN Negeri untuk mengumumka­n calon masing-masing pada PRU14.

Abang Johari yang ditemui pemberita semalam, bagai- manapun berkata beliau belum dimaklumka­n berhubung pemberian kuasa ini dan akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri terlebih dahulu.

“Tunggu dulu, saya akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri dulu,” katanya ringkas ketika ditemui selepas perasmian jalan baharu empat lorong dan Jambatan Tan Sri Sulaiman Daud yang menghubung­kan pengguna terus dari Matang ke Stapok, Batu Kawa di sini semalam.

Zahid pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit 4, Sungai Sumum di Bagan Datuk, Perak semalam berkata tarikh yang sesuai untuk pengumuman calon itu dibuat terpulang kepada budi bicara menteri besar dan ketua menteri terlibat.

Zahid juga yakin dengan keputusan perdana menteri itu selaku pengerusi BN Pusat untuk memberi kuasa kepada semua menteri besar dan ketua menteri untuk mengumumka­n calon masing-masing.

Dalam pada itu, BN Negeri yang diketuai Abang Johari menyasar untuk memenangi 28 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandi­ngkan di Sarawak pada PRU14.

Pada PRU13, BN Sarawak berjaya memenangi 25 kerusi Parlimen dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) penyumbang terbanyak, menyapu bersih semua 14 kerusi yang ditandingi.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) turut cemerlang pada PRU13 dengan menyapu bersih semua enam kerusi yang ditandingi.

Manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) hanya menang satu kerusi iaitu Parlimen Serian yang disandang Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kini Parti Demokratik Progresif (PDP) menang tiga daripada empat kerusi.

 ??  ?? SAMBUTAN HANGAT: Abang Johari (kanan) dan isteri Juma’ani diarak dari Hotel Tanahmas menuju ke Pintu Gerbang Sibu dengan menaiki beca.
SAMBUTAN HANGAT: Abang Johari (kanan) dan isteri Juma’ani diarak dari Hotel Tanahmas menuju ke Pintu Gerbang Sibu dengan menaiki beca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia