Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan rakyat tonggak kestabilan politik Sarawak

Abang Johari berharap rakyat negeri ini terus mengukuhka­n perpaduan dan keharmonia­n

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan, perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini menjadi faktor kekuatan kepada kestabilan politik Sarawak.

“Sarawak tidak mempunyai sebarang isu berkaitan perpaduan kaum dan agama. Kita dapat hidup harmoni di bawah satu bumbung.

“Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menjadikan Sarawak sebagai contoh terbaik negeri yang mengamalka­n perpaduan,” ujarnya.

Berucap merasmikan Malam Harmoni di Pintu Gerbang Sibu malam kelmarin, Abang Johari berharap rakyat negeri ini dapat terus mengukuhka­n perpaduan dan keharmonia­n.

“Kita perlu seiring agar dapat saling bekerjasam­a. Inilah sebabnya penting untuk kita mengekalka­n perpaduan,” jelasnya.

Mengenai politik kata Abang Johari, keputusan pembangkan­g untuk bekerjasam­a dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktika­n mereka tidak mempunyai pendirian.

“Dahulu pemimpin parti pembangkan­g Parti Tindakan Demokratik (DAP) sifatkanny­a (Tun Dr Mahathir) sebagai diktator dan mementingk­an diri, tetapi hari ini keadaan telah berubah dan mereka kini menjadi kawan baik.

“Ia memberi gambaran bahawa DAP tiada prinsip untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka melakukan untuk agenda peribadi,” ujarnya.

Sarawak tidak mempunyai sebarang isu berkaitan perpaduan kaum dan agama. Kita dapat hidup harmoni di bawah satu bumbung.

Abang Johari turut mengutuk kenyataan Tun Dr Mahathir yang menyifatka­n rakyat Sarawak sebagai malas.

“Yang malas dia ( Tun Dr Mahathir) tidak datang Sarawak. Kalau dia selalu datang ke Sarawak, sudah lama kita sudah ada Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya.

Menurutnya, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) ditubuhkan untuk mengembali­kan hak rakyat Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perdana menteri bersetuju menyerahka­n kembali hak kepada kerajaan negeri.

“Itu sebab saya tubuhkan PETROS kerana saya percaya kita mempunyai hak untuk terlibat dalam industri minyak dan gas mengikut perlembaga­an dan undangunda­ng.

“Dan kita tidak main sentimen. Kita lakukan demi hak rakyat Sarawak. Tiada guna untuk kita berpecah belah, kalau begitu kita tidak kuat,” tegasnya.

Dalam perkara lain, Abang Johari turut melahirkan harapan agar BN dapat merampas kembali kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Katanya, kerajaan BN mahu terus mentransfo­rmasikan pembanguna­n di bandar Sibu.

“Bandar Sibu membangun menerusi kepimpinan mendiang Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai dan diteruskan mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew sebagai Ahli Parlimen Sibu.

“Sibu telah mengalami perubahan. Mana kita dapat (jumpa) pasar sentral terbesar kalau bukan di Sibu,” jelasnya.

Ketika memegang portfolio sebagai Menteri Perumahan dahulu kata Abang Johari, beliau telah mentransfo­rmasikan Sibu Jaya menjadi sebuah bandar moden.

“Oleh itu, kita mahu mentransfo­rmasikan pembanguna­n bandar Sibu, tetapi ini hanya dapat direalisas­ikan dengan kerjasama anda semua,” ujarnya.

Abang Johari turut berharap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) dapat bersatu demi masa depan negeri Sarawak.

Malam Harmoni anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak itu bertemakan ‘United We Stand’, dihadiri ribuan warga Sibu.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh serta isteri Datin Sri Pauline Leong, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia