Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Pusa diberi penjelasan tentang status bekalan air bersih

-

KUCHING: Penduduk sekitar Pusa kini dapat menarik nafas lega apabila diberi penjelasan tentang status bekalan air bersih menerusi Sesi Dialog Projek Naik Taraf Sistem Perpaipan Bekalan Air Kawasan Pusa DUN Beting Maro di sini semalam.

Program dianjurkan Pejabat Daerah Pusa itu dimulakan dengan pembentang­an projek bekalan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebelum sesi dialog bersama lebih 100 penduduk sekitar Pusa.

Pada majlis itu Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga penyandang Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan memandang serius isu bekalan air bersih terutama di kawasan luar bandar.

Justeru, kerajaan tegasnya telah merancang pelbagai pelan jangka panjang dan pendek yang akan dilakukan demi memastikan masyarakat memperoleh kemudahan asas tersebut nanti.

“Sejak akhir-akhir ini pelbagai tanggapan negatif telah dilemparka­n terhadap kerajaan terutama di media sosial tentang bekalan air bersih di sini.

“Jadi saya terpanggil untuk menjelaska­n tentang usaha yang dilakukan kerajaan dalam menyalurka­n bekalan air bersih di kawasan sekitar, agar masyarakat mendapat penjelasan terus dan tiada lagi perkara- perkara yang diputarbel­itkan oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab yang mengambil kesempatan terhadap isu air ini,” katanya.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada majlis yang sama turut menjelaska­n bahawa bekalan air bersih dapat dibekalkan sepenuhnya dengan penukaran paip-paip lama kepada paip baharu.

Katanya, aturan semula saluran perpaipan, penyediaan tangki simpanan baharu dan menyalurka­n tenaga bagi meningkatk­an tekanan air yang rendah akan siap kelak.

“Projek yang sedang dalam proses tender akan mengambil masa 12 bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

“Buat masa ini, sebagai alternatif jangka pendek, bekalan air akan disalurkan apabila ‘booster pump’ yang kini berada di Kuching akan dibawa ke sini dan dipasang di Loji Air Pusa akhir bulan ini,” kata beliau.

Apabila projek jangka panjang bekalan air itu siap nanti, ia dijangka akan menyelesai­kan isu bekalan air bersih kepada lebih 24,000 penduduk di kawasan Beting Maro.

Program turut dihadiri Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan, Pengarah JBALB Sarawak Chang Kuet Shian dan Pegawai Daerah Pusa Bujang Budin.

 ??  ?? DIALOG: (Dari kiri) Bujang, Razaili, Rohani, Dr Rundi, Liwan, Alice dan Chang pada Sesi Dialog Projek Naik Taraf Sistem Perpaipan Bekalan Air Kawasan Pusa DUN Beting Maro.
DIALOG: (Dari kiri) Bujang, Razaili, Rohani, Dr Rundi, Liwan, Alice dan Chang pada Sesi Dialog Projek Naik Taraf Sistem Perpaipan Bekalan Air Kawasan Pusa DUN Beting Maro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia