Utusan Borneo (Sarawak)

Bahasa Melayu harus dimartabat sebagai instrumen capai perpaduan

-

SIBU: Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia tidak seharusnya dimartabat­kan semata-mata sebagai identiti rakyat Malaysia, tetapi sebagai suatu instrumen mencapai perpaduan kukuh.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata masyarakat mesti memahami bahasa antara satu sama lain.

Di Sarawak kita mempunyai 27 etnik berbilang bahasa dan agama malah pelbagai longhat.

“Mereka mungkin tidak memahami bahasa atau percakapan antara satu sama lain. Jadi, jika kita tidak dapat memahami antara satu sama lain maka sukar kita hendak mencapai tahap perpaduan kukuh menjaga keamanan dan keharmonia­n negeri ini.

“Justeru, satu- satunya bahasa harus setiap pelajar dan rakyat negeri ini fahami bukan sahaja memahami, kalau boleh fasih bahasa tersebut ialah bahasa Malaysia atau bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Pertanding­an Deklamasi Puisi (Sajak dan Syair) dan Pertanding­an Sahibba 2018 Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sibu Jaya di sini kelmarin.

Hadir sama Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak Syaidul Azam Kamarudin dan Pengetua SMK Sibu Jaya Mohamad Yusri Azhar Abdullah @ Leo Takip.

Merujuk kepada pertanding­an, sebanyak empat kategori dipertandi­ngkan iaitu syair, sajak, sahibba sekolah rendah dan menengah.

Johan kategori syair dimenangi Natalia Denis dari SMK Sibu Jaya, manakala naib johan dan tempat ketiga masing- masing disandang Kenneth Yohansenn Kendawang (SMK Oya) dan Nur Izzah Razliana Rajli (SMK Kampung Nangka).

Johan Deklamasi Sajak ialah Nurshazwan­i Zainudin dari SMK Agama Sibu diikuti Follymena dari SMK Sibu Jaya (naib johan) dan Nurfazira Madehi dari SMK Kampung Nangka (ketiga).

Bagi Pertanding­an Sahibba bagi kategori sekolah menengah, johan disandang Siti Noor Shafiqah Meraj dari SMK Rosli Dhoby manakala Alyaa Izzati Mohammad (SMK Agama Sibu) tempat kedua diikuti Audrey Vera Tap (SMK Rosli Dhoby) di tempat ketiga.

Gilbert Kendawang Thomas dari SK Batu 15 dinobat johan bagi Pertanding­an Sahibba kategori sekolah rendah, diikuti Estherlyn Emalaya Jamba dari SK Bukit Arip Selangau (naib johan) dan Shiela Michelle Lutea dari SK Bukit Arip Selangau (ketiga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia