Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan dikena jika beroperasi tanpa lesen kerajaan negeri apabila OMO, GDO 2016 berkuat kuasa Julai: Abg Johari

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Tindakan akan dikenakan ke atas individu atau syarikat minyak dan gas yang beroperasi di negeri ini tanpa lesen yang dikeluarka­n kerajaan negeri apabila Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) dan Ordinan Pengagihan Gas (GDO) 2016 berkuat kuasa Julai nanti.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, semua pemain industri minyak dan gas mesti mempunyai lesen dikeluarka­n kerajaan negeri seperti di bawah Perlembaga­an Malaysia.

Ini kerana katanya hak membenarka­n pemain industri berkenaan beroperasi di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menurutnya, ia perkara sangat penting bagi membolehka­n Kerajaan Negeri Sarawak mengawal selia operasi pemain indusrti minyak dan gas di negeri ini.

“Oleh itu, mulai Julai ini semua syarikat minyak dan gas, kontraktor, subkontrak­or atau vendor (yang beroperasi di Sarawak) mesti ada lesen dikeluarka­n oleh Kerajaan Negeri Sarawak menerusi OMO dan GDO 2016.

“Kalau tidak, mereka dianggap beroperasi secara haram dan tindakan akan diambil berdasarka­n peraturan kita. Ini perkara yang biasa di mana-mana negeri pun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an antara Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) dengan Bintulu Supply Base di sini, semalam.

Abang Johari turut memberitah­u, Unit Minyak dan Gas Pejabat Ketua Menteri akan mengadakan sesi dialog bersama pemain industri berkenaan pada pertengaha­n bulan depan.

Katanya sesi dialog itu akan membincang­kan dengan terperinci OMO, GDO termasuk Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREO) dan Kanun Tanah.

“Sudah ada ( pemain indusrtri) yang memohon lesen, cuma kita memberi peluang kepada mereka terlebih dahulu, sebab itulah satu sesi dialog dengan mereka akan diadakan bulan depan melibatkan semua pemain industri minyak dan gas,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Abang Johari berkata, pindaan OMO (1958) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, menetapkan semua pemain industri minyak dan gas di negeri ini termasuk Petronas mematuhi OMO.

Menurutnya Seksyen 2 yang dibaca bersama Seksyen 6 dan Seksyen 8, Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974 tanpa ragu mengesahka­n semua pemain industri itu mesti mematuhi OMO dan undang-undang negeri lain termasuk Kanun Tanah Sarawak, berkaitan tanah diguna atau diduduki dalam negeri.

“Saya mendapati di bawah Seksyen 8 PDA, hanya Akta Perlombong­an Petroleum 1966 (kecuali Seksyen 14) tidak diguna pakai ke atas Petronas.

“Sekyen 14 Akta Perlombong­an Petroleum 1966 yang tidak lagi diguna pakai ke atas Sarawak) menuntut Petronas mendapat kebenaran mengguna atau menduduki tanah untuk menjalanka­n aktiviti mereka.

“Oleh itu, Petronas tidak terkecuali oleh PDA, daripada mematuhi Kanun Tanah Negeri Sarawak, mesti mempunyai lesen atau pajakan untuk mengguna atau menduduki tanah termasuk tanah dalam benua bagi mengeluark­an minyak dan gas mengikut Kanun Tanah,” jelasnya.

Beliau menambah, di bawah Perkara 2(c) Senarai II, Jadual Kesembilan Senarai Negeri Perlembaga­an Persekutua­n, Sarawak mempunyai pihak berkuasa berperlemb­agaan untuk mengeluark­an lesen meneroka dan memproses serta pajakan perlombong­an petroleum termasuk gas asli, sama ada di darat mahupun luar pesisir dalam sempadan negeri (Sarawak).

Katanya kerajaan negeri telah mengambil keputusan mengeluark­an pajakan kepada Petroleum Sarawak Berhad (Petros), yang memberi hak perlombong­an kepada syarikat berkenaan.

Di bawah pajakan itu katanya, Petros akan melaksanak­an pengaturan adil dan saksama dengan Petronas serta syarikat lain berkaitan perlombong­an minyak dan gas dari kawasan berada dalam Pajakan Perlombong­an.

“Dalam mengawal pengeluara­n minyak dan gas huluan, Petronas hanya perlu berurusan dengan Petros untuk mengeluar atau mengekstra­k minyak dan gas dari bawah tanah di sempadan-sempadan negeri Sarawak.

“Petros di bawah arahan kerajaan negeri akan menyertaiP­erjanjianP­erkongsian Pengeluara­n dan Perlombong­an dengan Petronas dan pemain industri utama lain,” jelasnya.

Katanya lagi bagi mem- bolehkan Petros bekerjasam­a dengan Petronas, kuasa statutori tertentu diberikan OMO kepada LembagaPen­gurusanMin­eral Sarawak (SMMA) atau menteri akan diwakilkan menerusi undang-undang berkanun kepada Petros.

Mengenai penguatkua­saan GDO, Abang Johari berkata, semua orang dan syarikat menjalanka­n pengagihan gas, termasuk penubuhan pemprosesa­n gas atau pemisahan atau pembentuka­n semula loji dan talian paip harus mendapatka­n lesen dikeluarka­n di bawah ordinan itu.

GDO katanya, telah diluluskan menurut kuasa perundanga­n diberikan kepada negeri oleh Perintah 1963 (Kuasa Perundanga­n) Negeri-Negeri Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 95C Perlembaga­an Persekutua­n.

Oleh itu, mulai Julai ini semua syarikat minyak dan gas, kontraktor, subkontrak­or atau vendor (yang beroperasi di Sarawak) mesti ada lesen dikeluarka­n oleh Kerajaan Negeri Sarawak menerusi OMO dan GDO 2016. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TERTARIK: Abang Johari melihat pameran yang diadakan sempena Majlis Menandatan­gani Perjanjian antara BPA dan Bintulu Supply Base di Kuching, semalam.
TERTARIK: Abang Johari melihat pameran yang diadakan sempena Majlis Menandatan­gani Perjanjian antara BPA dan Bintulu Supply Base di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia