Utusan Borneo (Sarawak)

Pangkalan bekalan bersepadu sendiri di Pelabuhan Bintulu

-

KUCHING: Satu lagi sejarah dilakar dalam industri minyak dan gas Sarawak apabila pangkalan bekalan bersepadu sendiri akan dibina menerusi satu perjanjian persefaham­an yang ditandatan­gani antara Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) dengan Bintulu Supply Base Sdn Bhd (BSB) semalam.

Majlis menandatan­gani MoU yang berlangsun­g di sebuah hotel di sini disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

BPA diwakili Pengerusin­ya Hadzari Abang dan Pengurus Besarnya Zulkurnain Ayub manakala BSB diwakili Pengerusin­ya Ahmadi Yusoff dan Datuk Ahmad Redza Abdullah selaku pengarah syarikat itu.

MoU itu merupakan perjanjian pajakan untuk membangunk­an pangkalan bekalan bersepadu di Inner Habour Kedua, Pelabuhan Bintulu.

Pangkalan itu akan memenuhi keperluan industri minyak dan gas luar pesisir Malaysia Timur dan disasar memulakan operasi komersialn­ya pada suku keempat tahun depan.

Abang Johari ketika berucap berkata, pangkalan bekalan bersepadu baharu itu yang terletak di Pelabuhan Bintulu akan menjadi pusat sokongan logistik berpusat sehenti kepada perkhidmat­an diperlukan dalam penerokaan minyak dan gas, aktiviti pembanguna­n dan penge- luaran dalam kawasan luar pesisir Sarawak.

“Ini satu lagi detik bersejarah dalam industri minyak dan gas Sarawak dan saya melihat majlis ini sangat signifikan kepada pembanguna­n kepada strategi menyeluruh minyak dan gas negeri.

“Pembanguna­n ini akan menyediaka­n landasan kukuh untuk menyediaka­n perkhidmat­an logistik berkesan dan cekap bagi aktiviti- aktiviti huluan dilakukan oleh syarikatsy­arikat minyak dan gas dalam pelantar benua di luar pantai Sarawak, terdapatny­a sumber petroleum dan gas asli,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan pembanguna­n fasiliti mengkhusus untuk industri minyak dan gas akan membawa kepada perkembang­an pesat industri berkenaan seterusnya pertumbuha­n ekonomi negeri yang ketara.

“Saya mengalu-alukan inisiatif-inisiatif pelaburan seperti ini dilakukan sektor swasta dan ke arah melengkapk­an usaha kerajaan negeri mentransfo­rmasikan ekonomi negeri iaitu melonjak ke tahap baharu pertumbuha­n dan kemakmuran mampan,” katanya.

Aset dan fasiliti bersepadu itu merupakan kunci utama memastikan penyelesai­an berkesan serta jimat kos bagi pemain industri minyak dan gas yang beroperasi di luar pesisir Sarawak.

Pembanguna­n pang- kalan bekalan bersepadu itu akan dilaksanak­an secara berperingk­at dengan mengambil kira keperluan khusus daripada industri minyak dan gas.

Pangkalan bekalan bersepadu itu akan beroperasi dengan mematuhi piawaian Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSSE).

Kata Ahmadi, pangkalan bekalan berkenaan seiring dengan inisiatif Petronas untuk mencapai kecekapan dari segi kos dan keberkesan­an operasi terutama untuk pemainpema­in industri di perairan Sarawak.

“Kami menjangkak­an melalui pembanguna­n pangkalan bekalan ini dan operasi yang akan datang, ia akan menjadi hab meningkatk­an pembanguna­n ekonomi dan keupayaan tempatan di Bintulu dan Sarawak,” katanya.

Hadzari pula berkata, penubuhan pangkalan bekalan tempatan di Sarawak tepat pada masanya.

“Pangkalan Bekalan Bintulu adalah aset dan infrastruk­tur strategik yang akan menyokong pertumbuha­n industri minyak dan gas Sarawak,” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) Datu Ismawi Ismuni, Pengasas/Penasihat OBYU Holding Sdn Bhd Tan Sri Bustari Yusof dan Pengarah BSB Datuk Ahmad Redza Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia