Utusan Borneo (Sarawak)

SPR beri tempoh 14 hari bantah pendaftara­n sebagai pengundi

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memberi tempoh 14 hari atau dua minggu kepada individu atau orang ramai yang mahu membantah pendaftara­n sebagai pengundi.

Sehubungan itu kata Pengarah SPR Negeri Datu Takun Sunggah, mereka yang mahu berbuat demikian boleh melakukann­ya semasa senarai permohonan pendaftara­n pemilih dipamerkan termasuk di pejabat daerah.

“Untuk makluman sudah menjadi amalan apabila kita telah membuat pendaftara­n dengan seseorang sebagai pendaftar pemilih kita akan membuat pameran senarai permohonan pendaftara­n, di mana mereka boleh menyemak.

“Bagi mereka yang mahu membantah mungkin disebabkan tidak mahu didaftar atau tidak berpuas hati dan sebagainya mereka boleh berbuat demikian dalam masa 14 atau dua minggu,” katanya semasa temu bual khas di pejabatnya di sini, semalam.

Takun berkata, pengundi yang telah berdaftar turut dinasihati mengambil kira dengan menyemak nama mereka semasa senarai nama yang didaftar dipamerkan SPR di pejabat daerah atau dewan-dewan di tempat masing- masing.

“Maka itu saya mohon kepada pengundi agar apabila anda sudah mendaftark­an diri tidak hanya setakat itu sahaja kerana ada antara pengundi ini mereka tidak mempedulik­an tentang pameran senarai nama yang didaftarka­n,” tegasnya.

Mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan berhubung dakwaan seorang wanita di Sibu membuat aduan bahawa namanya telah didaftarka­n sebagai pengundi tanpa pengetahua­nnya selepas membuat semakan dalam pendaftara­n SPR, Takun berkata SPR tidak menerima sebarang aduan sedemikian setakat ini.

“Sehingga kini kami di SPR tidak menerima sebarang aduan daripada pengundi dan jika ada, mereka sepatutnya berbuat demikian dengan menghubung­i kami.

“Untuk makluman juga, SPR tidak mempunyai mana-mana cawangan di Sarawak kecuali di sini (ibu pejabat) sahaja,” katanya.

Takun menjelaska­n, dalam proses pendaftara­n, pada kebiasaann­ya bagi borang pendaftara­n telah ditandatan­gani pengundi dan pegawai SPR, ia dianggap sebagai sah.

Tambahan katanya, sistem pendaftara­n itu juga dihubungka­n dengan Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN), yang sekali gus mengesahka­n alamat dan identiti pendaftar.

“Jika alamat dalam kad pengenalan daripada JPN tidak sama dengan apa yang kami mahu daftarkan, ia tidak boleh didaftarka­n juga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia