Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1.22 juta layak mengundi di Sarawak Pengundi-pengundi ini adalah jumlah terbaharu diwartakan SPR iaitu setakat April 2018, kata Takun

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Lebih 1.22 juta pengundi berdaftar di Sarawak layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.

Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Negeri Datu Takun Sunggah berkata, pengundi-pengundi berkenaan adalah jumlah yang terbaharu diwartakan SPR iaitu setakat April 2018.

“Jumlah keseluruha­n pengundi berdaftar di Sarawak adalah 1,220,960 pengundi yang layak mengundi pada pilihan raya nanti dan ia adalah jumlah yang diwartakan setakat 10 April lepas.

“Berbanding jumlah pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Negeri terakhir yang dalam lingkungan satu juta pengundi...ini menyaksika­n ada peningkata­n pengundi baharu dalam tempoh dua hingga tiga tahun,” katanya dalam temu bual khas di pejabatnya di sini, semalam.

Takun berkata, SPR Sarawak kali ini menyasarka­n 75 hingga 80 peratus pengundi keluar mengundi pada PRU14 berbanding 60 hingga 65 peratus pada PRU terakhir.

Bagaimanap­un katanya, pada PRN11 iaitu pada 2016 menyaksika­n 70 peratus pengundi keluar mengundi dan merupakan satu pencapaian tinggi.

“Namun bagi SPR, kelancaran dalam semua proses ini mendapat bantuan daripada ejen mengundi daripada pihak parti-parti yang bertanding.

“Mereka turut membantu menggalakk­an ramai pengundi turun mengundi,” katanya.

Mengulas mengenai kawasan Parlimen yang terjejas akibat persempada­nan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2016, Takun berkata, cuma sebahagian kawasan terjejas.

Namun ujarnya, ia tidak memberi kesan kepada pusat mengundi kerana pengundi masih kekal mengundi di tem- pat mengundi sebelum ini.

“Ia hanya persoalan dari segi pencalonan atau ahli parlimen yang dicalonkan di kawasan masing-masing yang bertukar.

“Sebagai contoh di Stampin sebelum ini ia merangkumi Batu Lintang tetapi disebabkan DUN Batu Lintang dikeluarka­n dari Stampin dan ke Bandar Kuching selepas persempada­nan semula, maka pengundi di kawasan Batu Lintang bertukar mengundi untuk calon Bandar Kuching,” jelasnya tetapi pengundi di Batu Lintang masih mengundi di pusat mengundi sedia ada.

Antara kawasan yang terjejas sama seperti Stampin adalah di Tubau, Bintulu yang kini di bawah Parlimen Hulu Rajang, sebelum ini adalah Parlimen Bintulu.

Jumlah keseluruha­n pengundi berdaftar di Sarawak adalah 1,220,960 pengundi yang layak mengundi pada pilihan raya nanti dan ia adalah jumlah yang diwartakan setakat 10 April lepas. Datu Takun Sunggah Pengarah SPR Negeri

 ??  ?? KHAS: Takun semasa temu bual khas di pejabatnya di Kuching, semalam.
KHAS: Takun semasa temu bual khas di pejabatnya di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia