Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan antara paling banyak dibantu kerajaan

-

MUKAH: Kerajaan sentiasa perihatin terhadap semua rakyat tanpa mengira status atau golongan dengan pelbagai bentuk bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, golongan nelayan antara golongan paling beruntung kerana banyak menerima bantuan daripada kerajaan.

“Golongan nelayan tidak terkecuali dan kerajaan turut menyalurka­n pelbagai bantuan kepada mereka,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaia­n Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Mukah-Oya di Dewan Suarah Mukah, semalam.

Menurutnya, selain elaun sara hidup yang diberikan sejak Jun 2008, mereka turut menerima pelbagai bantuan serta subsisi seperti subsidi pembelian minyak petrol atau diesel dan elaun pendaratan ikan.

“Kerajaan sedar kehidupan para nelayan yang amat bergantung kepada cuaca dan keadaan di laut,” jelasnya.

Bagaimanap­un, semuanya menurut Yakub hanya dapat dinikmati sekiranya kerajaan pemerintah sekarang masih diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Jadi, anda tunaikanla­h kewajipan anda ketika hari pengundian pada 9 Mei nanti dan buatlah pilihan dengan bijak,” ujarnya.

Pada majlis itu, seramai 452 penerima terdiri daripada golongan nelayan sekitar Balingian, Mukah dan Oya menerima elaun terbabit yang melibatkan wang berjumlah RM130,550.

Majlis sama turut menyaksika­n pemberian zakat perniagaan kepada Tabung Baitulmal Sarawak serta penyerahan cek tabung bantuan dan bencana alam, selain penyerahan elaun.

Turut hadir wakil daripada Lembaga Kemajuan Ikan Wilayah 2 Muhd Faris Ruslim, wakil Residen Mukah Nolin Gendang dan Pengerusi PNK Mukah-Oya Ali Hamid.

 ??  ?? BANTUAN: Yakub (tiga kanan) ketika menyampaik­an elaun sara hidup kepada seorang penerima sambil disaksikan yang lain.
BANTUAN: Yakub (tiga kanan) ketika menyampaik­an elaun sara hidup kepada seorang penerima sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia