Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan tambahan RM3.64 juta laksana tiga projek di Miri dilulus

-

dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

“Jangan jadikan alasan kewangan untuk menyebabka­n anak- anak tercicir dalam persekolah­an dan malas untuk memajukan diri.

“Segalabent­ukbantuany­ang diberi seharusnya digunakan untuk perkara yang baik agar dapat meningkatk­an kecemerlan­gan individu murid dan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak di Dewan Sri Sarikei, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sarikei Baru, petang kelmarin.

Pada majlis itu, 165 pelajar dari 16 sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang menerima bantuan baucar pakaian seragam sekolah Yayasan Sarawak bernilai RM33,000.

Len turut berkata, pemberian bantuan itu besar ertinya kepada mereka yang memerlukan khususnya dalam keadaan ketidakten­tuan ekonomi semasa dengan harga barangan meningkat.

“Kerajaan memahami masalah yang dihadapi ibu bapa dan penjaga setiap kali musim persekolah­an bermula.

“Kita juga sedia maklum keselesaan dan keperluan pelajar sebahagian jaminan bagi melahirkan generasi yang cemerlang pada masa depan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyampaik­an sumbangan RM10,000 kepada PIBG SMK Sarikei Baru dan RM4,000 untuk Jawatankua­sa Penyelaras Tadika Perpaduan Kampung Baru Sarikei.

Turut hadir Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, Pegawai Daerah Sarikei Rangau Unting, Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei Radin Foji Radin Abdul Rahim dan Pengetua SMK Sarikei Baru Awet Gapor. MIRI: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) meluluskan peruntukan t a m b a h a n s e j u m l a h RM3.64 juta tahun ini bagi melaksanak­an tiga projek utama di Miri.

Ketua Setiausaha NRE Datuk Seri Azizan Ahmad berkata sebelum ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) kerajaan persekutua­n melalui NRE meluluskan sejumlah RM56.5 juta.

Beliau berkata, tiga projek utama itu ialah Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri, Lembangan Sungai Miri dengan kos RM30 juta, Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram (RM25 juta) dan Penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Miri dengan kos RM1.5 juta di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Miri juga diletakkan sebagai Kawasan Angkat NRE di bawah Program ‘Strategic Response Team’ bagi membolehka­n kementeria­n memberi tumpuan khusus kepada pelaksanaa­n projek di daerah Miri.

“Selain itu, tumpuan terhadap isu berbangkit di bawah kementeria­n lain selaras dengan pemantauan projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya semasa taklimat perkembang­an projek NRE di Kompleks Islam Sarawak sempena lawatan kerja ke projek pembanguna­n di bawah NRE di sini kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Pengiran dan Saliran Malaysia Datuk Dr Md Nasir Md Noh, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii dan Residen Bahagian Miri Sherina Husaini.

Azizan menambah, kementeria­n diminta meneliti keperluan baik pulih jambatan Kampung Muhibbah dan pembinaan surau Kampung Senadin.

Sementara itu, Lee berkata pihaknya sudah berbincang dengan NRE mengenai rancangan mengawal dan mengurus masalah banjir di kawasan bandar termasuk bekerjasam­a dengan JPS.

“Selain projek di atas, saya meminta projek tambahan mengatasi masalah banjir di Eco Park di Jalan Riam.

“Kita juga mengenal pasti langkah jangka pendek dan panjang menyelesai­kan masalah banjir di sana,” katanya.

Lee menambah, pihaknya memerlukan kira- kira RM500,000 untuk mengatasi masalah itu dalam jangka pendek manakala RM15 juta dianggarka­n untuk mengatasi masalah banjir jangka panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia