Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan anak-anak tidak tercicir daripada mendapatka­n pendidikan

-

KUCHING: Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak tercicir daripada mendapatka­n pendidikan yang sempurna demi masa depan mereka.

Perkara itu diingatkan Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Pakaian Seragam 2018 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak, di sini semalam.

Menurutnya, pelbagai bantuan dan inisiatif diperkenal­kan kerajaan negeri untuk membantu dan meringanka­n beban ibu bapa dalam memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.

Malah, beliau memberitah­u antaranya melalui Yayasan Sarawak menerusi program penyampaia­n bantuan pakaian seragam.

“Kita harus pastikan semua anak kita yang menuntut ilmu agar mereka menjadi insan berjaya kerana belajar bukan satu prasyarat keperluan sahaja, jangan biar anakanak kita tercicir dalam pendidikan,” katanya.

Dr Rahman berkata, menerusi bantuan pakaian seragam itu, ia dapat memberi semangat kepada anak-anak pergi ke sekolah.

Tambahnya, dengan pakaian seragam yang lengkap, ia juga dapat memberi keselasaan kepada anak-anak untuk belajar.

“Jadi tidak ada alasan untuk ibu bapa tidak menghantar anak- anak mereka ke sekolah.

“Harapan kita, usaha ini untuk memberi rangsangan kepada anak-anak untuk minat ke sekolah dapat dicapai sekali gus meningkatk­an prestasi pembelajar­an untuk berjaya dalam bidang pendidikan,” tegasnya.

Pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang itu, lebih 300 pelajar dari DUN Pantai Damai menerima baucar bantuan seragam sekolah daripada Yayasan Sarawak.

Azmi dalam ucapannya memberitah­u, pada tahun ini, sebanyak 19,000 baucar bantuan seragam sekolah diagihkan kepada pelajar yang terdiri daripada golongan kurang mampu.

“Untuk bahagian Kuching sahaja, sebanyak 2,449 baucar diagihkan kepada pelajar.

“Dan pada tahun lalu sahaja 95 peratus daripada jumlah keseluruha­n baucar berjaya diagih dan digunakan pelajar manakala selebihnya didapati rosak dan tidak digunakan meskipun telah diserah kepada pelajar,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? SERAH: Dr Rahman menyempurn­akan simbolik penyampaia­n baucar bantuan seragam sekolah.
SERAH: Dr Rahman menyempurn­akan simbolik penyampaia­n baucar bantuan seragam sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia