Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan pembanguna­n disalur kepada rakyat sepanjang tahun, kata Paulus

-

LIMBANG: Pilihan raya bukan masa untuk kerajaan memberi durian runtuh, sebaliknya peruntukan pembanguna­n disalurkan kepada rakyat sepanjang tahun.

ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, lebih RM40 juta sudah disalurkan kerajaan untuk pembanguna­n rakyat di utara negeri ini di bawah Program Tranformas­i Luar Bandar (RTP) sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata, selain pembanguna­n, peruntukan untuk keagamaan juga diberi kepada agama-agama yang ada di negeri ini.

Oleh itu katanya, rakyat perlu memilih dan menyokong p e m i m p i n d a r i p a d a Barisan Nasional (BN) bagi memastikan peruntukan terus disalur untuk pembanguna­n.

“Rakyat perlu samasama menyokong calon dan pemimpin BN agar kita akan terus mendapat wakil BN.

“Kita mahu selain konstituen­si Bukit Kota dan Batu Danau, kerusi Parlimen Limbang perlu terus dikekalkan dengan pemimpin BN agar kita terus dapat melaksanak­an pembanguna­n bersama,” katanya pada penyerahan geran kerajaan kepada gereja di daerah ini di Dewan St Edmund semalam.

Turut hadir Penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Paderi Paroki St Edmund Sylvester Ding Ibau dan Temenggung Nicholas Puyok Pura.

Paulus berkata lagi, peruntukan itu perlu untuk terus membangunk­an kawasan luar bandar.

Mengulas mengenai peruntukan itu katanya, kerajaan prihatin dengan keperluan semua kaum di negeri ini.

“Peruntukan untuk gereja bukan sahaja di bandar tapi juga di luar bandar.

“Peruntukan ini perlu digunakan untuk tujuan memperbaik­i dan membina gereja, bukan untuk aktiviti, kerana pengagihan geran ada panduan terutama untuk pembinaan atau baik pulih,”katanya.

Beliau menambah, geran tersebut baik untuk anak-anak dalam memberi pendidikan agama, sekali gus mengatasi masalah sosial yang semakin meningkat.

Peranan institusi agama termasuk gereja ini katanya, akan dapat mengatasi masalah sosial.

Sebanyak 49 gereja menerima geran yang disampaika­n Hasbi.

 ??  ?? PERUNTUKAN KERAJAAN: Paulus (dua kiri) dan Sylvester (kiri) menyaksika­n Hasbi menyerahka­n geran kepada salah seorang penerima di Limbang, semalam.
PERUNTUKAN KERAJAAN: Paulus (dua kiri) dan Sylvester (kiri) menyaksika­n Hasbi menyerahka­n geran kepada salah seorang penerima di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia