Utusan Borneo (Sarawak)

RM3.4 juta untuk pembanguna­n di Sungai Sebedil

-

SIBU: Sepanjang empat tahun lepas (2014-2018), kerajaan memperuntu­kkan sejumlah RM3.4 juta bagi melaksanak­an projek pembanguna­n khususnya jalan raya di kawasan Sungai Sebedil, Batang Igan.

Timbalan Pengerusi Rancangan Sibu 1 (RS1) Andrew Shilling berkata, pada 2014 hingga 2015 sejumlah RM1.35 juta diperuntuk­kan untuk menembok tanah bagi membina jalan.

“Pada 2016, RM0.5 juta bagi menaik taraf jalan dari ladang sawit hingga ke Rumah Jok dan RM1.1 juta lagi diperuntuk­kan pada 2017 untuk menaik taraf projek jalan di Sungai Sebedil ini.

“Sejumlah RM450,000 diperuntuk­kan tahun ini, menjadikan peruntukan untuk Sungai Sebedil sejak empat tahun lepas ialah RM3.4 juta,” ujarnya ketika Program Bersama Komuniti RS1 di Rumah Henry Berayan, Sungai Sebedil, kelmarin.

Hadir sama ialah Pengerusi RS1 Datuk Andrew Wong, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Penghulu Richard Ampi, Penghulu William Kanyan serta yang lain.

Menurut Shilling, semua peruntukan itu diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi wakil rakyat DUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh.

“Peruntukan ini bagaimanap­un tidak termasuk kos pembinaan Dewan Sebedil,” jelasnya sambil menambah, kos awal projek sebelum ini adalah RM0.5 juta.

Oleh itu katanya, penduduk Sungai Sebedil amat bertuah kerana menerima peruntukan yang banyak jika dibandingk­an dengan tempat-tempat lain.

Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk di Sun- gai Sebedil terus menyokong calon BN semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.

Sementara Andrew Wong ketika berucap pada majlis berkata, penduduk di Parlimen Sibu amat memerlukan wakil rakyat BN di kerajaan pusat.

“Kita di Sibu tidak ada wakil rakyat BN dalam kerajaan pusat.

“Jika ada wakil BN, saya percaya kita dapat melaksanak­an lebih banyak projek pembanguna­n,” tegas beliau.

Beliau juga berterima kasih kepada pengundi di Sungai Sebedil atas lebih 90 peratus undi kepada calon BN semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

Sehubungan itu, ketika hari mengundi 9 Mei ini, beliau berharap penduduk akan terus memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN di kerusi Parlimen Sibu.

 ??  ?? DALAM PERHATIAN: Andrew Wong bersama ahli RS1 merakam kenangan bersama penduduk Rumah Berayan.
DALAM PERHATIAN: Andrew Wong bersama ahli RS1 merakam kenangan bersama penduduk Rumah Berayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia