Utusan Borneo (Sarawak)

BN Sarawak dijangka raih prestasi baik PRU14, kemungkina­n besar ulangi prestasi PRU13, kata Dr Jayum

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak boleh menjangkak­an prestasi baik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) malahan kemungkina­n besar mengulangi prestasiny­a pada PRU13.

Pada PRU13, BN Sarawak memenangi 24 daripada 31 kerusi Parlimen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) menang semua 14 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang semua enam kerusi, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kini dikenali Parti Demokratik Progresif (PDP) menang tiga daripada empat kerusi sementara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menang satu daripada enam kerusi.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamata­n dan Hal Ehwal Antarabang­sa Majlis Profesor Negara ( MPN) Profesor Dr Jayum Jawan Empaling berkata, BN pada peringkat persekutua­n boleh mendapat jaminan bahawa kesemua sembilan kerusi Parlimen majoriti Melayu/ Melanau daripada PBB san- gat selamat.

“Kesemua calon- calon ( kerusi majoriti Melayu/ Melanau) PBB di semua sembilan kerusi dijangka menang tanpa banyak masalah. PBB tiada masalah besar dalam komuniti dan kepimpinan partinya.

“Begitu juga kesemua kerusi Parlimen majoriti Dayak juga agak selamat, bagaimanap­un di beberapa kawasan keadaan mungkin menjadi panas tetapi dijangka tidak akan menimbulka­n masalah besar,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Jayum berkata, daripada 11 kerusi majoriti Iban, satu atau dua kerusi mungkin menjadi panas kerana perebutan kepimpinan termasuk kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Selangau, yang mana PRS mengemukak­an calon baharu untuk menggantik­an penyandang­nya yang juga Timbalan Presiden Datuk Joseph Entulu Belaun.

Manakala kata beliau, pada asasnya isu besar juga tidak ada dalam masyarakat Bidayuh dan tiga kerusi majoriti Bidayuh dijangka tiada masalah untuk dipertahan­kan BN.

Menurutnya, di dua konstituen­si majoriti Orang Ulu isu baharu juga tiada tetapi memandangk­an pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak datang daripada masyarakat ini, ia dilihat sebagai cabaran berpotensi kepada usaha BN untuk mengekalka­n kedua- dua kerusi mempunyai majoriti penduduk Orang Ulu.

“Namun berbalik kepada kerusi Cina, daripada enam konstituen­si majoriti Cina, lima ditawan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan satu PKR.

“Enam kerusi berkenaan sukar untuk dimenangi BN kerana masyarakat Cina di Sarawak sudah memutuskan untuk meninggalk­an partiparti Cina dalam perikatan pemerintah­an.

“Perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan parti serpihanny­a Parti Rakyat Bersatu (UPP) tidak membantu mencerahka­n peluang bagi memenangi sokongan dan kerusi Cina.

Walaupun tambah Jayum, kedua-dua parti itu sudah menandatan­gani perjanjian untuk bekerjasam­a, masyarakat Cina sudah memutuskan dengan jelas untuk meninggalk­an kepimpinan kedua-dua parti,” katanya.

Jayum menegaskan secara keseluruha­n buat masa sekarang tiada sebab bagi Sarawak mahupun Sabah memikirkan hasrat meninggalk­an BN atas banyak faktor.

“Sejak 2008 seramai 12 menteri persekutua­n datang dari kedua-dua negeri.

“Di Sarawak pula, kepimpinan bekas ketua menteri (Allahyarha­m Pehin Sri Adenan

Kesemua calon-calon (kerusi majoriti Melayu/Melanau) PBB di semua sembilan kerusi dijangka menang tanpa banyak masalah. PBB tiada masalah besar dalam komuniti dan kepimpinan partinya. Profesor Dr Jayum Jawan Empaling Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamata­n dan Hal Ehwal Antarabang­sa MPN

Satem) disambut baik oleh rakyat Sarawak daripada semua etnik dan apabila digantikan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mempunyai cabaran tinggi tetapi ketua menteri Sarawak keenam ini menjalanka­n tugas dengan baik,” ujarnya.

Bagi isu utama dalam kalangan masyarakat Dayak, iaitu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sedang ditangani dan proses penyelesai­annya masih dijalankan, kata beliau.

Antara lain tekanan untuk mendapatka­n lebih banyak sumber bagi negeri ini menerusi industri minyak dan gas sudah membuahkan hasil dengan pelancaran syarikat minyak milik kerajaan negeri, iaitu Petros.

“Lebih penting lagi, tiada ketua masyarakat asli yang berkaliber dan disanjung rakyat telah berjaya direkrut oleh pembangkan­g.

“Bahkan hirarki Pakatan Harapan (PH) pula terhadap kepentinga­n Sarawak dan Sabah adalah tidak jelas, maka itu etnik kedua-dua negeri tidak begitu cenderung kepada pembangkan­g, yang seakan-akan kedua-duanya tidak penting dalam PH,” katanya.

Beliau percaya Sabah dan Sarawak yang sering kali menjadi ‘deposit tetap’ BN terus menjadi penyelamat kepada BN Pusat untuk terus memerintah selepas PRU14.

 ??  ?? JAYUM
JAYUM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia