Utusan Borneo (Sarawak)

BN diyakini mampu pertahan kerusi Parlimen Igan

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) diyakini mampu mempertaha­nkan kerusi Parlimen Igan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.

Menurut Juanda, meskipun dijangka bertembung satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Amanah Negara, namun Juanda yakin BN dapat mengatasi pencabarny­a.

“Saya yakin BN sudah cukup bersedia untuk menghadapi cabaran ini kerana jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) baharu sahaja selesai dengan kemenangan besar pada PRN lepas.

“Momentum kemenangan BN pada PRN lepas masih kuat dan ia pasti akan memberi kelebihan kepada BN pada PRU14 nanti,” katanya menerusi WhatsApp semalam.

Juanda dalam pada itu berharap calon yang dipilih mewakili BN nanti adalah yang terbaik untuk membantu rakyat bukan sahaja di Igan tetapi juga kawasan Parlimen negeri yang lain.

“Seperti pilihan raya yang lain, kita berharap calon yang dipilih bagi kerusi- kerusi Parlimen di Sarawak adalah mesra rakyat dan bersedia turun padang melihat sendiri masalah serta keperluan rakyat.

“Calon yang dipilih hendaklah benar- benar dikenali oleh pemimpin dan punya hubungan baik dengan pimpinan agar permohonan untuk membantu rakyat lebih mudah diperolehi,” katanya.

Juanda turut berharap calon yang dipilih nanti daripada kalangan mereka yang mempunyai rekod pentadbira­n yang baik dan punya kesabaran tinggi.

“Tugas sebagai wakil rakyat adalah amanah yang cukup berat untuk dipikul dan ia bukan tugas untuk bersuka-suka.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat kita jangan suka lepas cakap dan mudah marah kerana ia akan menyusahka­n rakyat,” kata Juanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia