Utusan Borneo (Sarawak)

Lee nafi bertanding PRU14 walaupun beli borang pencalonan

-

MIRI: Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin, semalam menepis dakwaan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei depan.

Dakwaan itu semakin diperkatak­an apabila Lee tampil membeli borang penamaan calon di Bilik Gerakan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Kawasan P.219 Miri di sini, semalam.

Lee yang juga naib presiden SUPP, turut ditemani Setiausa- ha Agung SUPP merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Ketua Penerangan SUPP merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Ketua Publisiti SUPP Senadin merangkap Setiausaha Politik Lee Erick Chin, tiba tepat jam 11 pagi untuk membeli tiga set borang penamaan calon.

“Saya membeli tiga set borang penamaan calon ini bukan kerana saya yang mahu bertanding, jangan jadikan ini isu spekulasi.

“Saya membelinya kerana tugas saya selaku pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras Pili- han Raya SUPP bagi Parlimen Miri.

“Saya akan simpan borang ini dan apabila calon untuk kerusi ini diumumkan secara rasmi kelak, saya akan serahkan borang ini kepada calon itu untuk dilengkapk­an,” jelas beliau kepada pemberita di sini, semalam.

“Tambahan saya tiada niat menjadi calon untuk kerusi Parlimen Miri pada PRU ini.

“Saya sudah dilantik dan dipilih rakyat sebagai ADUN dan akan berkhidmat serta memberi fokus kepada tugas-tugas sebagai ADUN,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia