Utusan Borneo (Sarawak)

Kerusi ini dijangka menyaksika­n pertembung­an tiga penjuru antara calon BN dengan calon PH dan PBDSB

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Saingan di kerusi Parlimen P.192 Mas Gading pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini dijangka sukar meskipun di atas kertas kelebihan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN).

Jika tiada calon bebas, kerusi Mas Gading dijangka menyaksika­n pertembung­an tiga penjuru antara calon BN dengan calon Pakatan Harapan ( PH) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

Meskipun di atas kertas penyandang sedia ada Datuk Anthony Nogeh Gumbek dilihat mampu mempertaha­nkan kerusi tersebut (jika dicalonkan), namun sebaliknya boleh berlaku pada hari pengundian 9 Mei nanti.

Untuk menang, calon BN perlu menewaskan pencabar lamanya daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu Mordi Bimol di mana kali ini akan bertanding sebagai calon PH.

Manakala seorang lagi pencabar iaitu Patrick Anek Uren yang merupakan timbalan presiden PBDSB juga tidak boleh dipandang mudah oleh calon BN dan PH.

Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Opar Asiang Gihep berkata meskipun BN mempunyai kelebihan di Mas Gading namun beliau akui ia bukan laluan yang mudah.

Calon DAP katanya, meskipun tidak berjaya merampas kerusi ini pada pilihan raya sebelum ini, namun keupayaan mereka tidak boleh dipandang rendah lebih-lebih lagi kali ini mereka sepakat di bawah PH.

“Berdasarka­n maklum balas daripada peringkat akar umbi, saya boleh katakan bahawa laluan agak sukar untuk calon BN di Mas Gading pada PRU14 meskipun berpeluang menang.

“Tetapi kami di peringkat parti akan membantu memastikan kemenangan calon BN di kerusi ini pada hari pengundian 9 Mei nanti,” kata Asiang yang dihubungi kelmarin.

Tambah Asiang, menjelang PRU14 dengan penamaan calon pada 28 April ini, jentera pilihan raya PBB Opar kini sudah mula beroperasi di Stum Muda.

Semua bahan untuk berkempen serta strategi kempen katanya, telah sedia untuk digerakkan sebaik tempoh kempen rasmi bermula selepas selesai proses penamaan calon.

Sementara itu Penghulu Zon Stungkor Jinep Jiheng berkata BN dijangka menang di kerusi ini meskipun berhadapan dengan laluan sukar.

Penyandang Mas Gading, Nogeh katanya telah menunjukka­n prestasi yang baik selama tempoh lima tahun selepas memenangi kerusi ini buat pertama kalinya pada PRU13.

“Rakyat khasnya pengundi di Mas Gading ini lebih mengetahui sejauh mana sumbangan, pembaharua­n serta pembanguna­n yang dibawa mereka yang melobi di sini.

“Jadi, kita berharap pengundi akan bijak menilai dalam membuat undian pada hari pembuangan undi nanti,” kata Penghulu Jinep.

Turut difahamkan calon PH Mordi menggunaka­n platform media sosial untuk menarik sokongan rakyat.

Trend media sosial yang digunakan calon muda tersebut nampaknya berjaya menarik perhatian para pengundi lebih-lebih lagi isu-isu yang dekat dengan rakyat.

Sebagai contoh isu jambatan di Kampung Selampit, Lundu yang telah tertangguh selama lebih 10 tahun selain isu bekalan air bersih terawat, tanah dan banyak lagi isu lain.

Jika isu-isu tidak dijelaskan dengan betul kepada rakyat, ia mungkin akan memberi kesan kepada keputusan pengundian nanti.

Dalam pada itu, kerusi Parlimen Mas Gading terdiri daripada dua kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) iaitu N.1 Opar dan juga N.2 Tasik Biru yang kedua-duanya disandang BN.

Pada PRU13, Nogeh memperoleh 8,265 undi dengan majoriti 2,156 undi menewaskan tiga pencabar lain.

Pencabar terdekat iaitu calon bebas Datuk Dr Tiki Lafe yang merupakan bekas Ahli Parlimen Mas Gading memperoleh 6,109 undi.

Dua lagi pencabarny­a, Mordi yang berdiri atas tiket DAP memperoleh­i 5,293 undi manakala Patrick calon STAR hanya memperoleh­i 462 undi.

 ??  ?? PENGHULU JINEP JIHENG
PENGHULU JINEP JIHENG
 ??  ?? ASIANG GIHEP
ASIANG GIHEP
 ??  ?? IDRIS BOHARI
IDRIS BOHARI
 ??  ?? SEDIA TEMPUR: (dari kanan) Julian, Kelvin, Chong, Violet dan Christina pada sidang media di pusat operasi DAP Batu Kawah, semalam.
SEDIA TEMPUR: (dari kanan) Julian, Kelvin, Chong, Violet dan Christina pada sidang media di pusat operasi DAP Batu Kawah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia