Utusan Borneo (Sarawak)

PH yakin peluang rampas kerusi Parlimen Sri Aman lebih cerah

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) yakin peluang untuk merampas kerusi Parlimen Sri Aman lebih cerah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti berbanding pilihan raya sebelum ini.

Calon berpotensi PH bagi kerusi Sri Aman Norina Umoi berkata pencabar mereka Barisan Nasional (BN) yang diwakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) kini berdepan dengan krisis dalaman parti.

Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing katanya, tidak sehaluan dengan Timbalanny­a Datuk Joseph Entulu sekali gus memberi kelebihan kepada lawannya.

Selain itu menurut Norina, banyak lagi isu yang masih membelengg­u penduduk Sri Aman terutama isu pembinaan Hospital Sri Aman yang telah lama tertangguh.

“Kami di PH Sri Aman tetap yakin berpeluang untuk menang di Sri Aman dengan adanya bantuan daripada rakan pakatan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP),” kata Norina yang berdiri atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Berhubung sejarah pertembung­annya dengan rakan PH daripada DAP iaitu Leon Jimat Donald dalam Pilihan Raya Negeri lepas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang, Norina berkata ia tidak akan menjadi isu antara mereka.

“Walaupun kami pernah bersaing dalam Pilihan Raya Negeri lepas, namun kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasam­a dalam PRU kali ini.

“Malah Leon telah memutuskan bahawa mereka (DAP) akan membantu saya dalam PRU kali ini atas semangat pakatan,” katanya semalam.

Bagi menguatkan lagi PH di Sri Aman, satu jawatankua­sa yang terdiri daripada DAP dan PKR telah ditubuhkan untuk merancang strategi bagi merampas kerusi berkenaan daripada BN.

Demi kemenangan PH di Sri Aman, Norina turut mengharapk­an Parti Bansa Dayak Sarawak Baru ( PBDSB) mengundur diri daripada bertanding di kerusi Sri Aman bagi membolehka­n PH bertanding satu lawan satu dengan calon BN.

Memandangk­an PBDSB dan PH mempunyai agenda yang sama iaitu untuk menumbangk­an BN di Sri Aman, maka mereka harus memberi peluang kepada PH untuk bersaing satu lawan satu dengan BN.

Namun, PH tidak akan mendesak PBDSB dan sebagai negara yang demokratik, PH tidak akan menghalang parti itu daripada bertanding di Sri Aman termasuk calon Bebas. KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) sebagai pihak berkuasa tempatan yang dibiayai oleh pembayar cukai, perlu lebih neutral dalam mengawasi kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen yang menegaskan demikian menjelaska­n ia memandangk­an tindakan MPP yang terangtera­ngan berat sebelah kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - BN dalam kempen sempena pilihan raya ini.

Menurut beliau, MPP barubaru ini telah mengeluark­an notis kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mendapatka­n permit menggunaka­n tempat letak kereta di hadapan pusat operasinya di Batu Kawa bagi tujuan ceramah termasuk menggantun­g bendera parti.

Ekoran itu, Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak ber- kata, pihaknya terus mengemukak­an permohonan seperti yang diminta MPP itu termasuk bagi pusat operasinya di Stampin.

Bagaimanap­un, katanya SUPP kemudian dilihat memasang bendera dan sepanduk di luar pusat operasi mereka di Pending dan Batu Lintang dan lebih teruk, memenuhi ruang bulatan kecil di pekan lama Batu Kawah sehingga mengganggu penglihata­n pengguna jalan raya.

“SUPP lagi teruk, mereka memasang bendera dan sepanduk di tempat awam dan kami telah membuat laporan polis mengenainy­a semalam ( kelmarin) namun apabila kami pergi memeriksa lagi tadi (semalam), semuanya sudah hilang (ditanggalk­an).

“Tetapi MPP kemudian menghubung­i kami supaya menurunkan bendera di hadapan pusat operasi ini (Batu Kawah) walaupun pada hak- ikatnya mereka telah meminta kami memohon untuk penggunaan tempat letak kereta ini, tambahan pula ia tidak menjejaska­n keselamata­n pengguna jalan raya… ini tidak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pusat operasi DAP Batu Kawah di sini, semalam yang turut dihadiri ADUN Pending Violet Yong, penyandang Parlimen Stampin Julian Tan, pembantu khas Chong, Dr Kelvin Yii dan bekas ADUN Batu Kawah Christina Chiew.

Selain itu, Chong turut menyifatka­n tindakan MPP itu sebagai penyalahgu­naan kuasa ke atas pihaknya demi kepentinga­n politik khususnya SUPP.

“Kami tahu pemimpin SUPP - Lo Khere Chiang (ADUN Batu Kitang merangkap pengerusi MPP) dan Datuk Dr Sim Kui Hian (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga ADUN Batu Kawah) merupakan calon berpotensi untuk Stampin dan mereka melantik Setiausaha MPP Elizabeth Loh sebagai pegawai pengurus di Stampin.

“Namun, mereka telah menyalahgu­nakan kuasa terhadap kami dengan niat untuk memberi kelebihan kepada SUPP bagi menghadapi pilihan raya ini.

“Saya akui ia hanyalah perkara kecil (membabitka­n penggantun­gan bendera dan sepanduk) tetapi kalau perkara seperti ini pun mereka sudah menyalahgu­nakan kuasa, apatah lagi jika ia membabitka­n perkara penting yang melibatkan kepentinga­n rakyat yang lebih besar.

“Oleh itu, kami tidak akan menurunkan bendera kami dari sini (pusat operasi Batu Kawah) kerana ia adalah hak parti politik sebagai persediaan untuk pilihan raya,” tegasnya.

 ??  ?? BEKERJASAM­A: Norina (kanan) dan Leon bekerjasam­a untuk memastikan PH menawan kerusi Parlimen Sri Sman daripada BN dalam PRU14 nanti.
BEKERJASAM­A: Norina (kanan) dan Leon bekerjasam­a untuk memastikan PH menawan kerusi Parlimen Sri Sman daripada BN dalam PRU14 nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia