Utusan Borneo (Sarawak)

Dua anggota polis antara tiga disyaki peras, kurung

-

MIRI: Dua anggota polis antara tiga individu yang diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari kerana disyaki memeras ugut dan melakukan kurungan salah terhadap seorang tukang masak.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md. Syafique Md. Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Prakash Raj Subramania­m dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Prakash memberitah­u, pada 15 April lalu, seorang tukang masak telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri mendakwa diperas ugut dan dikurung oleh beberapa individu.

Dalam aduannya, pengadu, 26, mendakwa sekitar jam 5 pagi, 15 April, ketika berjumpa dengan seorang kawannya di kawasan belakang Stadium Miri, tiba-tiba dia didatangi sekumpulan indi- vidu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita.

Kumpulan terbabit kemudian masuk ke dalam kereta pengadu dengan salah seorang daripada mereka menunjukka­n satu bungkusan plastik mengandung­i ketulanket­ulan putih disyaki dadah jenis syabu yang didakwa mereka adalah kepunyaan pengadu.

Menurut pengadu, selepas (mereka) memperkena­lkan diri sebagai anggota polis, mereka kemudian membawanya ke sebuah stesen minyak di Jalan Bintang untuk berbincang dengannya berhubung pembebasan­nya yang didakwa ‘anggota polis’ berkenaan terlibat dalam kes tipu dan dadah.

Setelah pengadu menafikan dakwaan itu, kumpulan terbabit memaksa mangsa menyerahka­n RM10,000 dan membawanya ke sebuah bank di Pusat Komersial Boulevard untuk mengeluark­an wang.

Setibanya di bank berkenaan, pengadu dipukul di bahagian kepala dan dipaksa mengeluark­an wang, namun pengadu memberitah­u dia tidak mempunyai wang menyebabka­n kumpulan terbabit kemudian membawa dan mengurungn­ya di sebuah bilik hotel.

Sekitar jam 11.30 pagi hari sama, pengadu memberitah­u kumpulan terbabit dia hendak balik ke rumah untuk meminta duit daripada ibunya dan setibanya di rumah, pengadu meminta bantuan ibunya untuk menghubung­i pihak polis.

Sebelum sempat polis tiba, ‘anggota polis’ terbabit telah beredar dari rumah pengadu.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 12.10 tengah hari, 17 April lalu di sebuah flat kediaman polis di sini, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri berjaya menahan dua lelaki termasuk seorang anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia