Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Abd Rahman optimis Limbang akan mempunyai empat padang yang baik untuk penganjura­n kejohanan berprestij itu

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) bersedia untuk membida menjadi tuan rumah Piala Belia dan Piala Sarawak pada 2020.

Presidenny­a Dr Abdul Rahman Ismail optimis Limbang akan mempunyai empat kemudahan padang yang baik untuk digunakan bagi penganjura­n kejohanan berprestij itu tiga tahun lagi.

Menteri Muda Pertanian itu berkata, pada masa ini Limbang mempunyai dua padang bola sepak iaitu di Kompleks Sukan Limbang dan Padang Majlis Daerah Limbang ( MDL) yang menjadi venue utama penganjura­n Liga Limbang 2017/ 2018.

“Tahun ini kita akan membina sebuah lagi padang di Desa Pabahanan, selain membantu pihak pengurusan padang di Jabatan Penjara Limbang.

“Kita optimis jika Limbang mempunyai empat padang di daerah ini, kita boleh membida untuk menjadi tuan rumah kejohanan Piala Belia dan Piala Sarawak pada 2020,” ujarnya ketika ditemui media pada perasmian Piala FA antara pasukan FC Gavan dan Highlander di Kompleks Sukan Limbang petang kelmarin.

Sebanyak 16 pasukan menyertai Piala FA untuk merebut Piala Paulus Palu Gumbang, wang tunai RM2,000 (juara), RM1,000 ( kedua) dan ketiga bersama RM500.

Turut hadir ialah ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Presiden LFA Frederick Lalong, Naib Presiden LFA Bulhaji Wahab, Setiausaha Kehormat LFA Abdul Ajis Kon Mohd Ghazali Ismail dan jawatankua­sa tertinggi LFA lain.

Selain menjadi tuan rumah, Dr Abdul Rahman berkata, Limbang turut menyasarka­n gelaran juara bagi sekurang- kurangnya Piala Sarawak 2020.

Sasaran itu menurutnya, boleh dicapai berdasarka­n pencapaian pasukan Limbang dalam penganjura­n sukan bola sepak di negeri ini.

“Setiap tahun pasukan Limbang menduduki senarai empat pasukan terbaik di negeri ini.

“Malah, Limbang juga melahirkan pemain terbaik yang diketengah­kan di peringkat negeri, kebangsaan dan luar negara melalui Mohd Yusry Haqiz Idris yang terpilih dalam Program ‘ Million Dolllar Feet’ ( MDF) dan mendapat jolokan ‘ Messy Malaysia’,” ujar beliau lagi.

Bagi Liga Limbang katanya, empat piala diperkenal­kan iaitu Piala Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Malah, penyertaan Liga Limbang saban tahun turut memberangs­angkan, disertai lebih 300 pemain berusia 16 tahun dan ke atas,” katanya lagi.

Selain itu katanya, Liga LImbang turut memperkena­lkan Piala Veteran dan Piala Belia.

 ??  ?? LUMAYAN: Hoan (dua kanan) menerima tajaan dari Terence sambil disaksikan (dari kanan) Gani, Pauline, Ting dan Shahary.
LUMAYAN: Hoan (dua kanan) menerima tajaan dari Terence sambil disaksikan (dari kanan) Gani, Pauline, Ting dan Shahary.
 ??  ?? SASARAN 2020: Dr Abdul Rahman (berdiri sembilan kiri), Fredercik (lapan kiri), Paulus (sebelas kiri) dan yang lain bersama Pasukan FC Gavan dan Highlander.
SASARAN 2020: Dr Abdul Rahman (berdiri sembilan kiri), Fredercik (lapan kiri), Paulus (sebelas kiri) dan yang lain bersama Pasukan FC Gavan dan Highlander.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia