Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Presiden: Sarawak meraih satu mata berharga ikat Terengganu FC III

-

KUCHING: Sarawak meraih satu mata berharga selepas mengikat Terengganu FC III, 2-2 pada perlawanan Piala Presiden 2018 berlangsun­g di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

Tuan rumah di depan pada minit ke-27 hasil jaringan Mohammad Adif Salim selepas memanfat situasi kelam kabut di hadapan gawang lawan.

Minit ke-39, salah faham di antara penjaga gol dan pertahanan Sarawak membolehka­n Muhammad Izzan Syahmi menjaringk­an gol penyamaan Terengganu FC III.

Skuad pelawat berada di depan pada minit ke-50 selepas sepakan percuma Mohd Zarulizwan Mazlan gagal ditangkap kemas penjaga gol Sarawak, Shaiful Wazizi Mohammad.

Gol Zarulizwan hanya bertahan seminit apabila Nazaruddin Bohri menjaringk­an gol cantik pada minit ke-51 untuk kembali meletakkan kedudukan seimbang.

Gol itu membangkit­kan anak buah Sulaiman Mustanir dengan melancar beberapa gerakan susulan dalam usaha menambah koleksi gol.

Namun, pertahanan skuad penyu tangkas mematah deretan serangan Sarawak.

Jentera pertahanan Sarawak turut dipaksa bekerja keras menggagalk­an beberapa per- cubaan berbahaya penyerang Terengganu.

Keputusan itu kekal hingga tamat masa perlawanan dan Sarawak kini mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan lima kekalahan dari 11 perlawanan.

“Saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini walaupun kita gagal meraih tiga mata penuh.

“Syabas kepada pemain kerana berjaya mempamer aksi cemerlang untuk mengikat Terengganu FC III, sebuah pasukan yang mantap.

“Melihat kepada peluangpel­uang kita perolehi terutama pada separuh masa kedua, kita mampu beroleh kemenangan jika pemain bijak memanfaatk­annya,” tegas Penolong Pengurus Sarawak, Abang Fomay Abang Sa’adeli ketika ditemui selepas perlawanan berakhir semalam.

Sarawak akan meneruskan kempen menentang Pulau Pinang pada 23 April ini di Stadium Mini USM, Pulau Pinang.

 ??  ?? LINCAH: Nazarudin (tengah) cuba melepaskan diri dari kawalan pertahan dan penjaga gol Terengganu FC III pada aksi Piala Presiden di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.
LINCAH: Nazarudin (tengah) cuba melepaskan diri dari kawalan pertahan dan penjaga gol Terengganu FC III pada aksi Piala Presiden di Stadium Negeri, Petra Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia