Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta mewah jadi rebutan pada Terbuka Amatur Sarawak SGA

-

KUCHING: Kereta mewah Lexus NX300 Urban bernilai lebih RM300,000 bakal menjadi rebutan peserta yang bertanding pada Terbuka Amatur Sarawak SGA Ke-49 dari 27 hingga 29 April ini bertempat di Kelab Golf Sarawak (KGS).

Hadiahluma­yantajaan Boulevard Jaya Sdn Bhd itu ditawarkan kepada pemenang ‘hole-in-one’ di Matang Hole 3 dan Santubong Hole 17.

Semalam berlangsun­g penyerahan tajaan disempurna­kan oleh Presiden SGA Hoan Kee Hock dan Pengurus Jualan Lexus Kuching, Terence Leong bertempat di Kelab Golf Sarawak (KGS).

Kejohanan tersebut dianjurkan oleh SGA sempena ulangtahun ke-50 kejohanan berkenaan pada tahun depan.

Ia menyasarka­n seramai 120 peserta termasuk pemain wanita mewakili pelbagai kelab dari seluruh Malaysia dan negara luar.

Setakat ini penganjur telah menerima 101 penyertaan dari 17 kelab dari seluruh negara termasuk Singapura.

Kelab yang telah mengesahka­n penyertaan antaranya Seleter Country Club, Warren Golf & Country Club, Tanah Merah Country Club dan National Service Resort & Country Club (Singapura), Bukit Jalil Golf & Country Club, Kelab Golf DiRaja Pahang, Danau Golf Club, Persatuan Golf Negeri Melaka, Keningau Golf & Country Club, Kelab Golf Miri, Kelab Golf Bintulu, Kelab Golf Sibu, Kelab Golf Sarawak, Samarahan Country Club, Dania Golf & Country Club dan SGA.

Juara bertahan acara lelaki, Lee Ka Ming dari Kelab Golf Sibu dan Mirabel Ting dari Kelab Golf Miri dalam acara wanita juga turut serta kali ini.

Sebanyak 10 hadiah ‘gross’ menjadi rebutan kategori lelaki dana lima bagi wanita manakala enam untuk kategori net lelaki dan tiga bagi wanita.

Selain itu, 36 pemain lelaki dan 12 wanita yang berjaya merebut slot pusingan kelayakan akan menerima hadiah termasuk hadiah harian dalam kategori gross dan net bagi lelaki dan wanita pada hari pertama dan kedua.

Hadir sama Naib Presiden KGS Abdul Gani Matahir, Setiausaha Kehormat SGA Shahary Alias, Setiausaha Kehormat KGS Puline Gan dan Pengerusi Kejohanan Ting Bang Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia