Utusan Borneo (Sarawak)

KES3T rancang lebih banyak aktiviti berkaitan eSukan

-

KUCHING: Kenyalang eSport: Tournament, Training and Trade (KES3T) merancang menganjurk­an lebih banyak aktiviti berkaitan eSukan pada masa akan datang yang mengetenga­hkan permainan seperti Dota, Taken dan Fifa.

KES3T menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata pemilihan jenis eSukan yang akan diadakan bergantung kepada penggemar sukan berkenaan.

“Ini sebenarnya adalah landasan kepada pemain eSukan meningkatk­an kemahiran dalam permainan berkenaan.

“Maka KES3T memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk memastikan acara-acara dianjurkan boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi di Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, KES3T mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sempena penganjura­n eSukan terbaharun­ya dikenali ‘Kenyalang eSport: Mobile Legend 2018 KES3T.

Kunjungan hormat daripada penganjur Kenyalang eSport itu disambut Pengarah MSNS Dr Ong Kong Swee dan ia menandakan sokongan padu diterima badan sukan itu daripada MSNS.

Mereka turut membincang- kan perancanga­n masa hadapan untuk membangunk­an eSukan di negeri ini semasa kunjungan hormat itu.

“Dengan kerja sama dan sokongan , Kenyalang eSport berharap mencapai lebih banyak kejayaan dalam industri eSukan di Sarawak pada masa sama menyediaka­n landasan kukuh kepada beliau terlibat dalam sukan ini.

“Input semasa pertemuan ini juga menyentuh mengenai pusingan kelayakan kedua KES3T yang akan diadakan pada 28 April ini di University Swinburne Kampus Sarawak,” jelasnya.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diperoleh dengan melayari dan klik ‘Like’ laman Facebook Kenyalang eSport T.T.T.

 ??  ?? SOKONGAN: Dr Ong bergambar bersama delegasi dari Kenyalang eSport yang mengadakan kunjungan hormat ke MSNS.
SOKONGAN: Dr Ong bergambar bersama delegasi dari Kenyalang eSport yang mengadakan kunjungan hormat ke MSNS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia