Utusan Borneo (Sarawak)

SIC adakan pemilihan Siri GoKart Kebangsaan X30 pada hujung minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Perlumbaan bagi mendapatka­n tempat untuk bersaing pada Siri Go-Kart Kebangsaan X30 Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) akan berlangsun­g di Litar Go-Kart Antarabang­sa SIC hujung minggu ini.

Dua puluh enam pelumba berusia 8 hingga 12 tahun yang disenarai pendek akan bersaing bagi merebut 10 tempat yang ditaja dalam Siri X30 SIC, dan pemilihan akhir akan diadakan pada Ahad.

“Idea bagi menaja bakat baharu ini dalam perlumbaan Siri X30 SIC bagi memenuhi keperluan mempunyai bakat daripada peringkat bawah piramid sukan permotoran tempatan.

“Kita perlu menyediaka­n satu platform bersesuaia­n bagi bakat-bakat yang kita tidak tahu kemampuan mereka untuk menunjukka­n potensi masing-masing. Apabila kita melakukann­ya, kita akan membuka jalan bagi bakat ini menyinar dalam sukan permotoran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali dalam kenyataan semalam.

Inisiatif X30 SIC bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan permotoran bagi menjadi pelumba berjaya yang akan bersaing dalam siri “Rookie Cupí.

Dua puluh enam pelumba yang disenarai pendek itu akan dikurangka­n kepada 20 pelumba untuk saingan simulasi sebelum 10 pelumba dipilih dalam pemilihan akhir.

Ia bukannya perlumbaan kerana pemilihan itu terbuka kepada mereka yang pengalaman berlumba di bawah kelab dan bukannya mereka yang pernah berlumba di tahap perlumbaan tertinggi.

Siri X30 SIC akan dijalankan tiga pusingan, bermula dengan Pusingan Pertama pada 28-29 April bersempena Siri Asia X30 di Litar Go-Kart Antarabang­sa SIC dan Pusingan Kedua pada 30 Jun-1 Julai di venue sama, manakala pusingan akhir berlangsun­g di Litar Go-Kart Shah Alam pada 28-29 Julai, juga bersempena dengan Siri Asia X30.

Program pencarian bakat X30 SIC diadakan dengan kerjasama Axle Motorsport, yang dikendalik­an bekas pelumba Formula Satu (F1) Malaysia Alex Yoong.

Daripada siri X30, pelumba akan seterusnya berpeluang menyerlahk­an bakat mereka dalam perlumbaan Formula 4 Asia Tenggara (F4SEA), siri F4 Eropah dan kemudian siri F3 di Eropah.

Pada akhirnya, matlamat program itu adalah bagi pelumba tempatan bersaing pada perlumbaan berprestij Kejohanan Endurance Dunia (WEC) dan saingan 24 Jam Le Mans di Perancis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia