Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal lakukan kepulangan ‘positif’ ke kejohanan Jelajah ATP benam Bedene dalam misi buru kejuaraan ke-11

-

MONTE CARLO, Monaco: Novak Djokovic berkata ia adalah “hebat” untuk berdepan dengan emosi “saingan sebenar” sekali lagi selepas menyelamat­kan 10 mata akhir sebelum menewaskan Borna Coric pada kejohanan Siri Master Monte Carlo sementara Rafael Nadal membuat kepulangan “positif” ke kejohanan Jelajah ATP dengan menewaskan Aljaz Bedene Rabu lepas.

Djokovic, bermain hanya kejohanan keempat beliau sejak kejohanan Wimbledon Julai tahun lepas menang 7- 6( 7/ 2) dan 7- 5.

“Ia saingan sengit. Saya boleh menang awal tetapi ia satu perasaan yang hebat untuk mengharung­i emosi seperti ini sekali lagi,” kata jaguh dari Serbia itu.

Djokovic berl a t i h b e r - s a m a b e k a s j u r u - l a t i h n - ya, Marian Vajda buat kali p e r t a m a dalam hampir setahun selepas menamatkan kerjasama dengan Andre Agassi dan pemain berusia 30 tahun itu kelihatan lebih bersemanga­t di Monaco selepas

Ia saingan sengit. Saya boleh menang awal tetapi ia satu perasaan yang hebat untuk mengharung­i emosi seperti ini sekali lagi. Novak Djokovic Jaguh dari Serbia

tersingkir awal di Indian Wells dan Miami. Dengan kemenangan itu, beliau akan bertemu dengan pilihan kelima dari Austria, Dominic Thiem dengan satu kemungkina­n bertemu Nadal – juara bertahan – yang menentang Karen Khachanov di pusingan 16 akhir. T e t a p i D j o k o v i c menegaskan beliau tidak melihat lebih jauh dari perlawanan menentang Thiem. “Bukan memperkeci­lkan Dominic dan aksinya. Untuk berfikir terlalu awal menentang Nadal adalah tidak wajar,” kata Djokovic.

“Tahun lepas di Terbuka Perancis, beliau mudah menewaskan saya dan beliau sememangny­a antara pemain terbaik di permukaan tanah liat.”

Nadal memulakan bidaan untuk memburu kejuaraan ke- 11 di sini dengan kemenangan mudah ke atas pemain dari Slovenia.

“Ia permulaan positif. Ia penting untuk saya memenangi perlawanan kerana saya perlu beraksi lebih banyak untuk meningkatk­an kecergasan saya,” kata Nadal.

“Sejak di Shanghai tahun lepas saya tidak mempunyai banyak masa bertanding. Setiap perlawanan adalah peluang terbaik untuk meningkatk­an keyakinan dan kecergasan saya.”

Pada perlawanan lain, Kei Nishikori dari Jepun dan juga baharu kembali dari kecederaan, juga meneruskan kemaraan apabila menewaskan Daniil Medvedev dari Rusia 7- 5 dan 6- 2.

Pilihan kedua dari Croatia, Marin Cilic, menamatkan cabaran Fernando Verdasco dari Sepanyol 6- 3 dan 76( 7/ 4) dan akan menentang Milos Raonic di pusingan ketiga kejohanan.

Khachanov menewaskan Gilles Simon dari Perancis 6- 2 dan 6- 2 sementara Albert Ramos- Vinolas tewas 6- 4 dan 6- 2 kepada Philipp Kohlschrei­ber dan Andreas Seppi dari Itali menewaskan Guillermo Garcia- Lopez untuk menempah pertemuan menentang Nishikori. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? NADAL NIKMAT SEBENAR: Reaksi Djokovic ketika meraikan kemenangan­nya pada pusingan ketiga kejohanan Siri Master Monte Carlo di Monte Carlo, Monaco Rabu lepas.
— Gambar Reuters NADAL NIKMAT SEBENAR: Reaksi Djokovic ketika meraikan kemenangan­nya pada pusingan ketiga kejohanan Siri Master Monte Carlo di Monte Carlo, Monaco Rabu lepas.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SUKAR DIKAWAL: Mbappe (kiri) melepasi asakan hebat pemain pertahanan Caen, Alexander Djiku ketika bersaing pada perlawanan separuh akhir Piala Perancis di Stadium Michel d’Ornano, Caen Rabu lepas.
— Gambar AFP SUKAR DIKAWAL: Mbappe (kiri) melepasi asakan hebat pemain pertahanan Caen, Alexander Djiku ketika bersaing pada perlawanan separuh akhir Piala Perancis di Stadium Michel d’Ornano, Caen Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia