Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Perancis: PSG tempah aksi final menentang Les Herbiers

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe menjaringk­an dua gol sementara Christophe­r Nkunku menjaringk­an gol lewat ketika Paris Saint Germain (PSG) melangkah ke final Piala Perancis dengan menewaskan Caen 3-1 Rabu lepas.

PSG bertandang ke Normandy dengan kejuaraan Ligue 1 Perancis sudah dimenangi dan berharap untuk memenangi kejuaraan keempat Piala Perancis secara berturut-turut – satu rekod di Perancis jika menewaskan kelab divisyen tiga, Les Herbiers di Stade de France pada 8 Mei.

Tetapi ketika menguasai permainan, skuad kendalian Unai Emery tetap berwaspada dengan lawan mereka dengan satu gol tidak dibenarkan menerusi Video Bantuan Pengadil (VAR) dan gol kedua Mbappe juga mendapat semakan video sebelum disahkan sembilan minit sebelum tamat permainan.

PSG seharusnya membuka jaringan lebih awal tetapi rembatan lemah Angel Di Maria mudah diselamatk­an penjaga gol Brice Samba pada minit ke-17.

Tetapi walaupun dengan keadaan padang yang buruk, PSG dengan cepat menguasai permainan apabila Mbappe membuka jaringan pada minit ke- 21 dari satu umpanan Edinson Cavani.

Caen, yang tewas empat perlawanan liga berturut-turut sebelum perlawanan ini, berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Ismael Diomande tetapi PSG kembali di hadapan seawal separuh masa kedua dari kesilapan pertahanan Caen, dengan Cavani menyempurn­akan peluang.

Harapan Caen untuk mencari gol penyamaan sekali lagi musnah apabila gol kedua Mbappe disahkan menerusi VAR selepas beliau dikatakan ofsaid ketika menerima umpanan Di Maria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia