Utusan Borneo (Sarawak)

Ya, saya akan ke Piala Dunia, kata Ibrahimovi­c

-

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS): Bintang bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c, membayangk­an harapan untuk beraksi di Piala Dunia 2018 di Rusia apabila berseloroh dengan peminat di mana beliau mungkin akan kembali dari persaraan antarabang­sa untuk beraksi di Rusia.

Pada satu penampilan untuk rancangan bual bicara Jimmy Kimmel Selasa lepas, bekas penyerang antarabang­sa Sweden itu berkata “hanya di Piala Dunia” sahaja beliau akan bermain.

Pemain berusia 36 tahun itu sebelum ini pernah mengundang prospek untuk bermain di Piala Dunia bersama Sweden, yang layak ke Piala Dunia yang pertama sejak 12 tahun apabila menyingkir­kan Itali di playoff Zon Eropah.

“Ya, saya akan ke Piala Dunia,” kata Ibrahimovi­c kepada Kimmel apabila ditanya jika beliau akan berada di Rusia.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada beliau akan hadir sebagai pemain atau tugasan lain, beliau hanya berseloroh.

“Saya hanya berkata saya akan ke Piala Dunia,” kata penyerang kelab Los Angeles Galaxy itu. “Jika saya berkata lebih banyak lagi, orang akan membunuh saya, jadi saya harus berhati-hati dengan apa yang saya luahkan.”

Bercakap selepas itu, beliau menambah: “Maksud saya, Piala Dunia tanpa saya mungkin bukan Piala Dunia.”

Ibrahimovi­c, yang kali terakhir bermain di Piala Dunia bersama Sweden pada 2006, bersara dari bola sepak antarabang­sa selepas Euro 2016.

Beliau ada berkata bulan lepas di mana beliau mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) sebelum berfikir tentang Piala Dunia.

Tetapi beliau mengakui beliau boleh dipanggil ke Rusia jika diperlukan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia