Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli menghidupk­an peluang buru kejuaraan, Juve diikat 1-1 di Crotone

-

MILAN, Itali: Napoli menghidupk­an peluang untuk memburu kejuaraan Serie A Itali selepas menewaskan Udinese 4-2 ketika pendahulu liga, Juventus diikat 1-1 di Crotone Rabu lepas.

Simy menjaringk­an gol penyamaan Crotone pada minit ke-65 untuk menjejaska­n sedikit peluang Juventus untuk memburu kejuaraan liga yang ketujuh berturut-turut.

“Kami tidak beraksi dengan baik malam ini walaupun pemain memberikan segala-galanya,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Malam ini sangat penting untuk kejuaraan liga. Ini adalah perlawanan di mana anda harus menang. Apa yang perlu kami lakukan sekarang ialah kembali tenang dan bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya.”

Napoli bangkit dari ketinggala­n sebanyak dua kali untuk merapatkan kedudukan di belakang Juventus dengan kurang empat mata dan berbaki lima perlawanan termasuk menentang Juventus Ahad ini.

Napoli, yang dibimbing Maurizio Sarri dikejutkan dengan gol pembukaan Udinese pada minit ke-41 menerusi cubaan Jakub Jankto.

Lorenzo Insigne bagaimanap­un mengikat kedudukan buat Napoli sebelum rehat tetapi Svante Ingelsson sekali lagi meletakkan Udinese di hadapan 10 minit selepas rehat.

Tetapi Raul Albiol, Arkadiusz Milik dan Lorenzo Tonelli menjaringk­an gol kemenangan dalam tempoh 10 minit untuk memberikan kekalahan ke-20 Udinese musim ini – dan yang ke-10 berturut-turut.

“Kami secara asasnya di tangga kedua, sasaran awal yang sudah dicapai dan sekarang ia masa untuk mengharung­i semuanya tanpa tekanan,” kata Sarri.

“Ia pastinya perlawanan sukar di Turin (Juventus) dan kami akan cuba memburu kemenangan. Saya fikir Juventus adalah pasukan paling lengkap di Eropah. Kami akan melakukan yang terbaik.”

Napoli ketinggala­n enam mata di belakang Juventus minggu lepas setelah diikat tanpa jaringan oleh AC Milan.

Penjaga gol Gianluigi Buffon direhatkan menjelang perlawanan Ahad ini dengan Wojciech Szczesny bermula dalam kesebelasa­n utama.

Juventus membuka jaringan dari tandukan Alex Sandro selepas satu hantaran Dougla Costa pada minit ke-16 tetapi Simy mencipta kejutan apabila mengikat jaringan pada minit ke-65, yang kemudian menjadi satu mata berharga untuk pasukan yang berada di tangga ketiga dari bawah liga.

Di belakang Juventus dan Napoli, tiga pasukan bersaing untuk slot kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara musim hadapan dengan AS Roma merampas kembali tangga ketiga liga selepas menewaskan Genoa 2-1.

Lazio juga berkongsi mata dengan Roma tetapi di tangga keempat selepas menewaskan Fiorentina 4-3.

“Kami menunjukka­n kesungguha­n pada saat penting,” kata jurulatih Lazio, Simone Inzaghi, yang diperintah meninggalk­an tepi padang.

“Ini adalah perlawanan kompetetif ke-50 kami musim ini tetapi pemain beraksi dengan cemerlang dan memiliki tahap kecergasan yang tinggi.”

Inter Milan tercicir ke tangga kelima selepas menduduki tangga ketiga sehari sebelum ini selepas menewaskan Cagliari 4-0.

AC Milan menduduki tangga keenam selepas seri 1-1 di Torino sementara Atalanta di tangga ketujuh selepas menwaskan Benevento 3-0. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TENANG: Insigne (kiri) mengawal bola sambil diekori rapat oleh pemain Udinese, Antonin Barak pada perlawanan Serie A Itali di Stadium San Paolo, Naples pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters TENANG: Insigne (kiri) mengawal bola sambil diekori rapat oleh pemain Udinese, Antonin Barak pada perlawanan Serie A Itali di Stadium San Paolo, Naples pada Rabu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? TERSASAR: Ronaldo (kanan) melepaskan rembatan melepasi pemain Bilbao ketika melakukan percubaan ke arah pintu gol pada perlawanan liga di Santiago Bernabeu, Madrid Rabu lepas.
— Gambar AFP TERSASAR: Ronaldo (kanan) melepaskan rembatan melepasi pemain Bilbao ketika melakukan percubaan ke arah pintu gol pada perlawanan liga di Santiago Bernabeu, Madrid Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia