Utusan Borneo (Sarawak)

Real perlukan gol penyamaan Ronaldo untuk elak kekalahan

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid mungkin pasukan pilihan untuk memburu kejuaraan Liga Juara- Juara tetapi keputusan seri 1- 1 ketika menentang Athletic Bilbao dalam aksi La Liga Sepanyol Rabu lepas bagaimanap­un tidak menakutkan Bayern Munich.

Real bermula dengan hambar di Santiago Bernabeu dan memerlukan gol penyamaan Cristiano Ronaldo pada minit ke-87 untuk mengelak kekalahan.

Barcelona berada selesa di tangga teratas liga dan kini memiliki kelebihan 12 mata berbanding pencabar terdekat, Atletico Madrid dan 15 mata berbanding Real, ini bermakna perlawanan ini tidak memberikan banyak kepentinga­n buat Real.

Tetapi jurulatih Real, Zinedine Zidane, mungkin perlu bimbang dengan kehilangan rentak pasukannya terutama sekali menghampir­i perlawanan separuh akhir pertama Liga JuaraJuara di Bayern minggu hadapan.

Real mempunyai rentak yang berbeza selepas pusingan pertama Liga JuaraJuara tetapi keputusan seri ini bermakna mereka kini hanya menang sekali dari empat perlawanan terakhir, selepas mencipta 11 kemenangan dari 12 perlawanan sebelum ini.

“Keputusan tidak seperti apa yang kami mahukan dan dari segi mental, kami hilang rentak,” kata Zidane. “Apa yang harus kami lakukan ialah berehat, kami mempunyai lima hari sebelum perlawanan menentang Bayern Rabu depan, kami akan membuat persediaan yang baik dan kemudian memberikan segalagala­nya. Kami mempunyai perlawanan separuh akhir dan akan mempertaha­nkan kejuaraan kami.”

Gol penyamaan lewat Ronaldo adalah gol yang ke- 22 beliau dari 12 perlawanan dan dengan prestasi meyakinkan beliau musim ini, beliau mampu menye- lamat maruah pasukan.

Tetapi malam Real boleh disimpulka­n sebagai kesilapan berulang pemain pertahanan­nya, Sergio Ramos dan kemudian berdepan cemuhan dari penyokong kelab sendiri.

Jika Real merehatkan pemain utama apabila menentang Malaga dalam liga Ahad lepas untuk persediaan perlawanan menentang Bayern, perlawanan Rabu lepas kelihatan satu gambaran jelas.

Ronaldo, Luka Modric, Toni Kroos, Raphael Varane dan Marcelo kembali beraksi tetapi tiada tempat untuk Gareth Bale, yang turut tidak beraksi menentang Malaga tetapi hanya diturunkan pada 30 minit terakhir.

“Tiada masalah dengan Gareth,” kata Zidane. “Saya mempunyai 25 pemain dan saya harus melayani semua orang. Bale salah seorang daripada mereka. Ada pemain yang bermain dengan baik juga.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia