Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengasuh New York didapati bersalah bunuh dua kanak-kanak

-

NEW YORK: Seorang bekas pengasuh kanak- kanak di New York disabit kesalahan kelmarin atas tuduhan membunuh dua kanak-kanak dalam satu serangan tikaman yang ganas, selepas juri menolak pembelaann­ya berdasarka­n ketidakwar­asan dalam kes yang menyeksa ibu bapa di seluruh dunia.

Panel 12 ahli mendapati Yoselyn Ortega, 55, bersalah pada hari kedua pertimbang­an atas dua tuduhan melakukan pembunuhan darjah pertama dan dua tuduhan melakukan pembunuhan darjah kedua.

Ortega membunuh Lucia, 6, dan Leo, 2, dengan pisau dapur dalam bilik mandi pangsapuri mereka yang mewah di Upper West Side pada 25 Oktober 2012.

Bapa kanak-kanak tersebut, Kevin Krim, menangis selepas dia mendengar keputusan Mahkamah Agung Negeri New York, dan mengucapka­n terima kasih kepada juri, media Amerika Syarikat (AS) melaporkan.

Ortega kini kemungkina­n besar akan menghabisk­an sisa hidupnya dalam penjara. Hukumannya dijadual dijatuhkan pada 14 Mei.

Kes itu mengejutka­n ibu bapa bekerja dan seterusnya mengilhamk­an satu novel paling laris dijual di Perancis yang menerokai hubungan antara seorang ibu bekerja dengan wanita yang dia upah untuk menjaga anak-anaknya yang kecil.

Selama enam minggu keterangan diberikan, pihak pendakwaan berkata Ortega dengan sengaja merancang pembunuhan itu dan didorong oleh masalah kewangan serta kebencian kepada majikannya yang kaya.

“Setiap tikaman, setiap tetakan. Setiap daripadany­a ada tujuan,” kata penolong peguam daerah Stuart Silberg dalam penggulung­annya.

“Tujuannya ialah untuk menamatkan riwayat kanakkanak tersebut.”

Pihak pembelaan memanggil doktor dan pakar psikiatri sebagai saksi dalam usaha untuk meyakinkan juri bahawa Ortega tidak bertanggun­gjawab bagi tindakanny­a.

Peguamnya berkata dia mengalami psikosis, kemurungan dan mendengar suara yang menyuruhny­a membunuh budak-budak itu.

“Sebab bagi tindakan defendan terletak di dalam mindanya yang mengalami delusi,” kata peguam itu Valerie Van Leer- Greenberg.

“Kita ada seseorang yang perlahan- lahan mengalami kehancuran tetapi menyimpann­ya di dalam. Dia tidak mahu kehilangan pekerjaann­ya.”

Dalam video yang merakamkan­nya sedang disoal siasat pada Julai 2016, Ortega menafikan yang dia telah dirasuk oleh syaitan.

Sewaktu perbicaraa­n, ibu kanak-kanak terbabit, Marina Krim, 41, meninggalk­an kandang saksi dua kali sambil menangis ketika memberi keterangan, dan menjerit Ortega “jahat” dan seorang “pembohong”.

Peguam Daerah Manhattan, Cyrus Vance, kelmarin mengucapka­n terima kasih kepada juri di atas “ketekunan” mereka sepanjang perbicaraa­n yang beliau anggap “amat sukar dan menyedihka­n sekali”.

“Hati saya masih bersimpati dengan Kevin dan Marina Krim dan seluruh keluarga Krim; sebagai bapa kepada dua orang anak, saya sendiri tidak dapat membayangk­an penderitaa­n yang mereka rasai dan terus rasai,” katanya.

Seorang ahli juri, David Curtis, bapa kepada dua anak yang sudah besar, menangis ketika dia memberitah­u pemberita bagaimana panel berkenaan mencapai apa yang beliau sebut sebagai “keputusan yang sangat sukar bagi semua kita”.

“Ramai yang menitiskan air mata,” katanya.

Marina Krim menjumpai anak- anaknya sudah mati dalam tab mandi selepas dia bergegas pulang dalam keadaan panik bersama anak ketiganya Nessie selepas beliau menyedari Ortega tidak membawa Lucia ke kelas tarian mengikut rancangan.

Ortega kemudian cuba mengelar lehernya sendiri dengan pisau berkenaan dalam satu cubaan yang dipercayai untuk membunuh diri. Lucia mengalami kira-kira 30 tetakan pada bahagian badan dan lehernya, yang menunjukka­n dia cuba melawan balik.

Keluarga Krim masih tinggal di New York dan seterusnya melahirkan dua orang lagi anak. Mereka juga menubuhkan sebuah yayasan yang memupuk kreativiti di kalangan kanak-kanak yang malang.

Pembunuhan itu menjadi inspirasi bagi ‘Chanson Douce’ – novel paling laris yang membantu penulisnya Leila Slimani memenangi hadiah kesusaster­aan utama di Perancis, Goncourt, pada 2016.

Novel itu, dengan latar belakang di Paris, diterjemah­kan sebagai ‘Lullaby’ di Britain dan di AS sebagai ‘ The Perfect Nanny’, di mana ia kurang berjaya dari segi komersil berbanding di Eropah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DIDAPATI BERSALAH: Gambar fail menunjukka­n Ortega ketika perbicaraa­nnya atas tuduhan membunuh dua kanak-kanak di bawah jagaannya di Mahkamah Agung Manhattan di New York pada 8 Julai lalu.
— Gambar Reuters DIDAPATI BERSALAH: Gambar fail menunjukka­n Ortega ketika perbicaraa­nnya atas tuduhan membunuh dua kanak-kanak di bawah jagaannya di Mahkamah Agung Manhattan di New York pada 8 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia