Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan kimia ditangguh: PBB, Syria, Rusia berunding

-

BEIRUT: Pakar keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) berkata mereka sedang berunding dengan pihak berkuasa Syria dan Rusia untuk mengerahka­n pemeriksa kimia antarabang­sa ke tapak bagi satu serangan gas beracun yang didakwa berlaku dekat Damsyik, selepas satu misi peninjauan diserang.

Pasukan dari badan pemantau senjata kimia dunia masih belum dapat memulakan kerja lapangan di Douma, di mana puluhan maut dalam kejadian yang disyaki serangan gas pada 7 April lepas, manakala negara kuasa Barat memberi amaran bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad mungkin akan cuba menghapusk­an bukti penting.

Jabatan Keselamata­n PBB (UNDSS) berkata ia sedang berusaha untuk membuat perancanga­n bagi membolehka­n pakar pencari fakta untuk pergi ke Douma “dalam masa yang seawal mungkin”, menurut satu laporan kepada Majlis Keselamata­n yang diperolehi AFP kelmarin.

“UNDSS di Damsyik kini terbabit dalam perbincang­an lanjut dan penyelaras­an dengan wakil Republik Arab Syria dan polis tentera Rusia mengenai cara untuk meningkatk­an dan memperkuku­hkan lagi kawalan keselamata­n di lokasi khusus di Douma, katanya.

Sebuah pasukan dari Pertubuhan bagi Larangan ke atas Senjata Kimia (OPCW) tiba di Syria hanya beberapa jam sahaja selepas serangan pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang luar biasa ke atas sasaran rejim pada Sabtu lepas, dilancarka­n sebagai respons kepada serangan gas yang didakwa.

Namun badan pemantau berkenaan kelmarin berkata kebimbanga­n mengenai keselamata­n telah mengganggu rancangan bagi pakar untuk pergi ke Douma, bandar yang dikuasai pemberonta­k sebelum tentera rejim yang disokong oleh Rusia menawannya semula sepenuhnya pada minggu lepas.

AS, Perancis dan Britain menuduh rejim Assad melancarka­n serangan yang disyaki menggunaka­n kimia itu, tetapi Rusia dan Syria menafikan gas beracun digunakan di Douma.

Menurut laporan PBB, sebuah pasukan keselamata­n pergi ke dua tapak pada Selasa lepas diiringi polis tentera Rusia.

Di lokasi kedua, “satu letupan berlaku diikuti serangan senjata kecil ke atas pasukan UNDSS dan polis tentera Rusia”, kata laporan itu, yang menambah pasukan itu sudah kembali dengan selamat ke Damsyik.

Ketua OPCW Ahmet Uzumcu berkata insiden itu mengetenga­hkan “persekitar­an yang amat tidak stabil” di mana pasukan pencari fakta perlu bekerja.

Dia menambah dia hanya akan menimbang untuk mengerahka­n pasukan ke Douma dengan kelulusan UNDSS dan jika pemeriksa ada “akses tanpa larangan ke tapak berkenaan”.

Duta Syria ke PBB Bashar Jaafari memberitah­u Majlis Keselamata­n pada Selasa lepas bahawa pakar OPCW akan memulakan siasatan selepas mereka menerima kelulusan daripada pasukan PBB.

Rejim Assad pada Februari lalu melancarka­n serangan hebat ke atas Ghouta Timur, sebuah kawasan separa desa dalam julat serangan mortar dari pusat Damsyik yang sudah berada dalam tangan pembangkan­g selama enam tahun.

Pejuang dari kumpulan Islamis, Jaish al-Islam, bertahan di bandar utama Douma dalam daerah tersebut, tetapi kumpulan itu menuduh rejim memaksa mereka menerima persetujua­n untuk mening- galkan kawasan tersebut dengan menggunaka­n senjata kimia dalam serangan pada 7 April lepas.

Gambar mengerikan yang didakwa keadaan susulan selepas serangan itu mengejutka­n dunia, dengan keterangan menakutkan daripada ahli perubatan mengenai mangsa yang tercungap-cungap dan mulut berbuih.

Ia mencetuska­n siri serangan misil bersepadu oleh AS, Perancis dan Britain ke atas sasaran rejim.

Sekutu Syria, Rusia, dimaklumka­n lebih awal dan misil terkena kebanyakan bangunan yang kosong, dalam apa yang ramai penganalis­is lihat sebagai satu langkah kosong untuk memberi muka kepada semua pihak.

OPCW dianugerah­kan Hadiah Keamanan Nobel pada 2013 kerana usahanya untuk memusnahka­n stok simpanan senjata kimia Syria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia