Utusan Borneo (Sarawak)

NASA lancar pencari planet terbaharu, TESS

-

TAMPA: NASA kelmarin melancarka­n pesawat angkasa pencari planet yang terbaharu, TESS, sebuah satelit bernilai AS$337 juta ( RM1.28 bilion) dengan matlamat untuk mengimbas 85 peratus langit bagi ruang angkasa di mana kehidupan mungkin wujud.

“Tiga, dua, satu dan pelancaran!” kata pengulas NASA Mike Curie ketika Satelit Tinjauan Eksoplanet Transit (TESS) terbang ke langit biru tanpa awan di atas sebuah roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida pada jam 6.51 petang (waktu tempatan).

Pesawat angkasa sebesar mesin basuh itu dibina untuk mencari di luar sistem suria, mengimbas bintang paling dekat dan paling terang bagi tanda kemalapan dari semasa ke semasa.

Kejadian yang dipanggil ‘transit’ ini mungkin bermakna planet berada dalam orbit di sekeliling­nya.

TESS dijangka mendedahka­n 20,000 planet di luar sistem suria kita, termasuk lebih 50 planet sebesar Bumi dan sebanyak 500 planet kurang daripada dua kali ganda saiz Bumi, kata NASA.

Penemuanny­a akan dikaji lebih lanjut oleh teleskop di bumi dan di angkasa bagi tanda untuk mengetahui sama ada ia dapat dihuni ataupun tidak, termasuk permukaan berbatu, saiz sama dengan Bumi dan jarak dari matahari mereka – tidak terlalu dekat mahupun terlalu jauh – yang membolehka­n suhu yang sesuai bagi air cecair.

“Cerita tentang planet ini akan diteruskan, lama selepas ia dikesan,” kata saintis program TESS Martin Still kelmarin.

“Ia menakjubka­n. Ia begitu emosional,” kata Natalia Guerrero, seorang penyelidik TESS di Institut Teknologi Massachuse­tts, dalam satu wawancara dalam NASA TV selepas pelancaran.

Beliau merupakan anggota pasukan yang membuat empat kamera yang bertindak sebagai mata pesawat angkasa berkenaan.

“Empat kamera TESS adalah kecil tetapi amat kuat sekali,” katanya.

“Lensanya seluas hanya 10 sentimeter sahaja. Ia dapat dimasukkan ke dalam peti surat. Namun ia begitu kuat sekali. Kita dapat melihat seluruh buruj, seperti Orion, dengan kamera ini.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PELANCARAN BERJAYA: Gambar serahan NASA menunjukka­n pelancaran pesawat angkasa pencari planet yang terbaharu, TESS, di atas sebuah roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida kelmarin.
— Gambar AFP PELANCARAN BERJAYA: Gambar serahan NASA menunjukka­n pelancaran pesawat angkasa pencari planet yang terbaharu, TESS, di atas sebuah roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia