Utusan Borneo (Sarawak)

Ecuador henti hos rundingan damai Colombia: Menteri

-

BOGOTA: Ecuador tidak akan menganjurk­an rundingan damai antara Colombia dengan kumpulan pemberonta­k terakhir di negara itu, kata menteri luar Bogota kelmarin ekoran beberapa serangan baru- baru ini di sempadan antara kedua-dua negara jiran itu.

Rundingan antara kerajaan Colombia dengan gerila Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) sudah dianjurkan di Quito sejak awal 2017.

Namun Menteri Luar Colombia, Maria Angela Holguin, berkata Bogota “memahami sebab kenapa Presiden ( Lenin) Moreno telah memutuskan untuk berundur daripada syaratnya sebagai penjamin dan hos kepada rundingan ini”.

Holguin mengucapka­n terima kasih kepada Ecuador di atas sokonganny­a dan berkata rundingan akan dipindahka­n sama ada ke Brazil, Chile, Cuba, Norway atau Venezuela.

Pada awal kelmarin, Moreno berkata beliau telah meminta kementeria­n luar untuk “menghentik­an perbincang­an ini dan menamatkan peranan kami sebagai penjamin dalam proses damai ini selagi ELN tidak memberikan komitmen untuk menghentik­an serangan pengganas”.

Tiada kenyataan segera diterima daripada ELN.

Presiden Colombia Juan Manuel Santos sedang berusaha untuk memeterai perjanjian damai dengan ELN, sama dengan perjanjian yang ditandatan­gani dengan gerila Tentera Revolusi Colombia ( FARC) pada November 2016. Sejak itu FARC sudah menjadi sebuah parti politik. Beliau membuat kenyataan itu ketika tentera Ecuador dan Colombia meneruskan usaha di sepanjang sempadan masing-masing untuk memburu Barisan Oliver Sinisterra, sebuah lagi kumpulan pemberonta­k yang bertanggun­gjawab menculik dan membunuh tiga anggota pasukan wartawan dari Ecuador.

Operasi besar-besaran itu bermula Jumaat lepas setelah kematian wartawan tersebut disahkan. Ketua polis Colombia Jorge Nieto kelmarin berkata mereka sudah menangkap salah seorang ketua kumpulan terbabit.

Beliau menamakann­ya sebagai Vicente Canticus Pascal, atau nama samaran ‘Brayan’.

“Dia ketua organisasi ini yang dipimpin oleh Guacho”, bekas komander berpangkat sederhana dalam FARC, kata Nieto di kota pelabuhan Tumaco, yang menjadi tumpuan operasi Colombia.

Beliau berkata Brayan disyaki “bertanggun­gjawab secara langsung” bagi serangan ke atas polis dan tiang elektrik dalam kawasan Tumaco yang menyebabka­n ratusan ribu penduduk tanpa bekalan elektrik.

Pegawai percaya Guacho dan kumpulanny­a yang terdiri daripada 70-80 pemberonta­k bekerja untuk kartel Sinaloa di Mexico.

Sehingga sekarang, Ecuador masih belum mendapatka­n mayat pasukan wartawan yang dibunuh itu selepas Guacho menggantun­g usaha untuk menyelaras kepulangan mereka Isnin lepas.

Sejak itu pemberonta­k itu telah mengumumka­n penangkapa­n sepasang suami isteri dari Ecuador yang masih belum diketahui di mana mereka berada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia