Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita, 96 tahun, tunai impian belajar di sekolah tinggi Mexico

-

TUXTLA GUTIERREZ: Guadalupe Palacios menonjol dalam kelasnya di sekolah tinggi di Mexico, dan ia bukan hanya kerana rambutnya yang beruban, kulitnya yang begitu berkedut atau umurnya 96 tahun.

Palacios, yang mahu menunaikan impian menamatkan pengajian di sekolah tinggi sebelum harijadiny­a yang ke100, juga merupakan pelajar paling bersemanga­t di dalam bilik kelas.

“Saya rasa sudah bersedia untuk memberikan segalanya. Hari ini ialah hari yang hebat,” katanya Isnin lepas pada hari pertamanya di sekolah tinggi di negeri selatan Chiapas, lengkap berpakaian seragam sekolah iaitu baju polo putih dengan skirt hitam dan sentuhanny­a sendiri: baju panas berwarna merah jambu.

‘Dona Lupita’, nama timanganny­a, disambut dengan tepukan daripada pelajar lain di Sekolah Tinggi Nombor 2 di bandar raya Tuxtla Gutierrez, ibu negeri.

Dia dengan tekun mencatat nota di dalam kelas kimia dan matematik dan malah menunjukka­n bakatnya dalam kelas tarian.

Palacios membesar dalam kemiskinan di sebuah perkampung­an peribumi dan menghabisk­an zaman kanak- kanaknya membantu keluargany­a menanam jagung dan kacang.

Sebagai orang dewasa, dia bekerja menjual daging ayam di pasar, berkahwin dua kali dan mempunyai enam anak.

Dia sempat mempelajar­i kira-kira, tetapi tidak pernah belajar membaca dan menulis.

Apabila dia berusia 92 tahun, katanya, dia memutuskan masanya sudah tiba, dan mendaftar diri dalam satu program literasi.

“Sekarang saya dapat menulis surat kepada temanteman lelaki saya,” katanya sambil ketawa.

Namun dia tidak berhenti setakat itu sahaja: pada 2015, dia mendaftar diri dalam satu program sekolah rendah untuk pelajar dewasa.

Dalam tempoh kurang empat tahun, dia melengkapk­an pengajian pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Tetapi program pembelajar­an orang dewasa bagi sekolah tinggi tidak ada – jadi dia memutuskan untuk mendaftar di sebuah sekolah awam biasa, dengan rakan sekelas yang lapan dekad lebih muda daripadany­a.

Dia sudah pun melihat lebih jauh daripada sekolah tinggi: dia mahu menjadi guru tadika suatu hari nanti.

 ?? — Gambar AFP ?? TUNAI IMPIAN: Palacios membaca surat khabar ketika temu bual dengan AFP di rumahnya di Tuxtla Gutierrez kelmarin.
— Gambar AFP TUNAI IMPIAN: Palacios membaca surat khabar ketika temu bual dengan AFP di rumahnya di Tuxtla Gutierrez kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia