Utusan Borneo (Sarawak)

AS ratapi kematian Barbara Bush

Isteri kepada presiden ke-41 itu menghembus­kan nafas terakhir pada usia 92 tahun

-

WASHINGTON: Bekas presiden George H.W. Bush mengucapka­n terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) kelmarin di atas “luahan kasih sayang” mereka selepas isterinya selama tujuh dekad, Barbara, meninggal dunia, dan berkata penghormat­an yang diterima bagi bekas wanita pertama itu “telah menjulang semua kami”.

Sekian lama dilihat sebagai tonggak salah satu keluarga paling terkemuka di AS, sebagai isteri kepada presiden ke-41 AS dan ibu kepada presiden ke-43, Barbara Bush meninggal dunia Selasa lepas di kediamanny­a di Texas pada usia 92 tahun, dikeliling­i keluargany­a.

Suaminya yang berusia 93 tahun, yang berada di sisinya hingga ke akhir, sambil memegang tangannya, dikatakan begitu sedih dengan kehilangan “Barbara yang disayangin­ya”.

Namun kelmarin suara bekas panglima tentera negara itu ternyata bernada lebih tabah.

“Saya selama ini mengenali Barbara sebagai wanita paling disayangi di dunia,” beliau menulis dalam satu kenyataan.

“Malah saya pernah mengusikny­a bahawa saya ada masalah mengenai hakikat itu.”

“Namun sebenarnya luahan kasih sayang dan persahabat­an yang diajukan kepada ‘The Enforcer’ menjulang semua kami,” katanya sambil menggunaka­n nama timangan yang direka oleh keluarga Bush untuk matriark mereka.

“Kami tahu kehidupan akan terus dijalankan – seperti apa yang beliau inginkan,” ujarnya. “Maka itu padamkan keluarga Bush daripada senarai kebimbanga­n anda.”

Terkenal kerana mutiara tiruan yang beliau suka pakai dan komen pedas mengenai kehidupan di dalam dan di luar Washington – tetapi juga kerana kesetiaann­ya yang mendalam kepada keluarga dan gurauan mengenai dirinya sendiri – Barbara Bush dari banyak segi merupakan seorang tokoh yang lebih popular di kalangan rakyat jelata di Amerika berbanding suami dan anak-anaknya yang berprofil tinggi.

Presiden Donald Trump meminjamka­n suaranya ke- pada korus yang meraikan khazanah negara yang sudah meninggal dunia itu.

“Selama berdekad-dekad Barbara menjadi gergasi dalam kehidupan Amerika” dan “juara literasi yang tidak mengenal erti lelah”, katanya di satu sidang akhbar di Florida.

“Perwatakan dan kehadirann­ya terpahat dalam identiti Amerika. Kekuatan dan kelasakann­ya benar-benar melambangk­an semangat negara kita,” kata Trump, yang bercakap di sisi Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang turut menyampaik­an “takziah tulus ikhlas” dari negaranya.

Selepas menjalani pembedahan jantung pada 2009, Bush dirawat selama bertahun-tahun untuk penyakit Graves, sejenis penyakit tiroid.

Selepas kesihatann­ya bertambah buruk sejak beberapa hari lalu, beliau dipindahka­n ke rumahnya di Houston untuk penjagaan yang selesa.

Anaknya George W. Bush, yang memenangi Rumah Putih lapan tahun selepas bapanya meninggalk­annya, memberitah­u Fox Business bahawa beliau rasa sedikit lega kerana “jiwanya dihiburkan di ambang kematian”.

“Ia adalah penamat kepada kehidupan yang indah,” katanya.

Barbara Bush meninggalk­an lima orang anak, 17 cucu dan tujuh cicit.

Beliau kehilangan anak keenam – anak perempuan Robin – kerana leukemia ketika dia masih bayi.

Beliau akan disemadika­n di Texas selepas majlis peringatan Sabtu ini di Houston, yang akan dihadiri Wanita Pertama Melania Trump, bekas presiden Barack Obama dan isterinya Michelle, selain bekas naib presiden Dick Cheney dan isterinya Lynne.

Bekas presiden Bill Clinton dan isterinya Hillary juga dilaporkan akan hadir.

Trump mengarahka­n bendera dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam dan pos tentera untuk memberi penghormat­an kepada Bush. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? BARBARA BUSH
BARBARA BUSH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia