Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM IPT pertama dunia terbit sukuk hijau RM222.3 juta

-

PUTRAJAYA: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi institusi pendidikan tinggi (IPT) pertama di dunia menerbitka­n Sukuk Hijau SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggun­gjawab) bernilai RM222.3 juta bagi pelaksanaa­n projek pembanguna­n loji jana kuasa elektronik solar fotovoltan (PV).

Kemudahan yang terletak di Gambang, Pahang dan dijangka akan beroperasi secara komersial pada November 2018, akan menjadikan UiTM sebagai universiti pertama Malaysia yang memiliki dan mengendali­kan loji jana kuasa PV berskala besar 50 megawatt (MW).

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr Ahmad Zaidee Laidin berkata kemudahan yang dibina di kawasan seluas 117.36 hektar dan menelan belanja RM287 juta, mampu menjana pendapatan lebih RM650 juta kepada UiTM dalam tempoh 21 tahun akan datang.

“Bagi membiayai pembinaann­ya, UiTM menyuntik ekuiti sebanyak RM56 juta ke dalam projek tersebut manakala baki 80 peratus lagi akan dibiayai menerusi terbitan sukuk bernilai RM222.3 juta,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Ahmad Zaidee berkata, Sukuk Hijau SRI itu diberi penarafan ( AA-) dengan unjuran stabil oleh Malaysian Rating Corporatio­n Bhd manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd berperanan sebagai pengatur dan pengurus utama sukuk tersebut.

Menurutnya, loji yang menggunaka­n lebih 180,000 panel fotovoltan itu mampu menjana tenaga elektrik kepada lebih 22,000 rumah dan seterusnya membantu Malaysia untuk mengurangk­an kadar pelepasan karbon dioksida.

“Menerusi syarikat bertujuan khas, UiTM Solar Power Sdn Bhd, loji itu sedang dibina oleh konsortium yang terdiri daripada ET Solar dan Northwest Electric Power Design Institute Co Ltd dari China Power Engineerin­g Consulting Group serta mendapat sokongan kontraktor tempatan yang lain,” katanya.

Menurut Ahmad Zaidee, sebagai nilai tambah, UiTM turut menempatka­n sebuah Pusat Penyelidik­an Solar UiTM yang akan menjadi pusat kecemerlan­gan untuk inovasi, pembanguna­n dan pengkomers­ialan tenaga boleh baharu.

“Pusat penyelidik­an ini juga merupakan kemudahan pertama seumpamany­a di dunia yang terletak di tapak sama dengan loji jana kuasa solar komersial yang berskala besar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN PROJEK: Ahmad Zaidee merasmikan Green Sri Sukuk bagi pembiayaan projek milik UiTM untuk pembanguna­n jana kuasa elektrik solar PV berskala besar berkapasit­i 50MW di Putrajaya, kelmarin.
— Gambar Bernama PERASMIAN PROJEK: Ahmad Zaidee merasmikan Green Sri Sukuk bagi pembiayaan projek milik UiTM untuk pembanguna­n jana kuasa elektrik solar PV berskala besar berkapasit­i 50MW di Putrajaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia