Utusan Borneo (Sarawak)

AIIB berminat biayai projek infrastruk­tur utama di Malaysia

Bank antarabang­sa berpangkal­an di Beijing, tetapi bukan milik China

-

KUALA LUMPUR: Asian Infrastruc­ture Investment Bank (AIIB) yang berpejabat di Beijing, berminat membiayai projek infrastruk­tur utama di Malaysia, termasuk Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), kata Setiausaha Kedua Kedutaan China di sini, Dr Fang Tao.

Beliau berkata Presiden AIIB, Jin Liqun, bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada acara Bank Negara Malaysia baru-baru ini dan telah menyuaraka­n minatnya untuk bekerjasam­a membiayai projek infrastruk­tur dalam negara.

Setakat ini, kehadiran AIIB di Malaysia belum ketara lagi, katanya.

“Sebelum melawat Malaysia, beliau Jin Liqun mungkin tidak mempunyai pengetahua­n mendalam mengenai negara ini. Hanya selepas lawatan itu, beliau menyedari bahawa inilah pasaran yang AIIB belum memberi keutamaan.

“Kedutaan akan menjalin hubungan rapat dengan AIIB bagi membincang­kan bagaimana bank itu dapat meneruskan dan menyediaka­n perkhidmat­an kewangan kepada syarikat Malaysia atau membiayai projek infrastruk­tur utama di Malaysia,” katanya kepada pemberita di luar Persidanga­n Rangkaian Bekalan Persaatuan Pekilang-Pekilang Malaysia 2018, di sini.

Mengenai sama ada AIIB akan membiayai projek HSR jika pemaju perojek dari negara lain seperti Korea Selatan atau Jepun memenangi tender projek itu, beliau berkata: “Saya yakin AIIB merupakan organisasi antarabang­sa yang hanya berpangkal­an di Beijing, namun bukan dimiliki China.

“Saya percaya penyelesai­an (pembiayaan projek) adalah terbuka,” katanya.

Beliau berkata tidak ada had dari segi jenis projek yang akan dibiayai AIIB, memandangk­an bank juga boleh meminjamka­n wang kepada projek selain daripada Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dibangunka­n di Malaysia.

Mengenai salah faham bahawa BRI telah mewujudkan persekitar­an perniagaan yang lebih tegar di Malaysia, Fang berkata pelaburan langsung asing dari China membawa lebih banyak kelebihan kepada Malaysia kerana mereka membantu merangsang pertumbuha­n ekonomi dan mata pencarian kepada negara.

Sebagai contoh, beliau berkata bagi projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, sekurang-kurangnya 30- 40 peratus kontraknya diberikan kepada kontraktor tempatan.

Mengenai pengambila­n pekerja, beliau berkata kebanyakan syarikat China di Malaysia mengupah antara 80-90 peratus pekerja tempatan.

“Kami menggalakk­an syarikat-syarikat China memanfaatk­an kemudahan tempatan sebanyak mungkin, namun kami tidak mempunyai angka tertentu (peratusan) kerana kami tidak boleh memaksa mereka melakukann­ya.

“Namun, saya percaya kebanyakan syarikat China di Malaysia telah melakukan yang terbaik, kecuali mereka tidak dapat mencari bahan atau pekerja mahir,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia