Utusan Borneo (Sarawak)

Labuan akan mulakan projek bandar satelit bernilai lebih RM300 juta

-

LABUAN: Labuan akan memulakan pembanguna­n projek bandar satelit bernilai lebih RM300 juta di Saguking tahun ini, yang dijangka siap dalam masa enam tahun.

Pembanguna­n bercampur Pusat Komersial Saguking di kawasan seluas 4.67 hektar itu adalah projek usaha sama antara Perbadanan Labuan (PL) dengan Gancang Developmen­t Sdn Bhd (Gancang).

Pengerusi PL yang juga bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, berkata projek berkenaan adalah sebahagian inisiatif kerajaan bagi meningkatk­an infrastruk­tur komersial di pulau itu.

“Labuan memerlukan banyak infrastruk­tur komersial yang bukan sahaja akan membantu meningkatk­an kegiatan ekonomi, tetapi juga menjana perolehan kepada pihak berkuasa tempatan (dalam bentuk cukai taksiran),” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek berkenaan, di sini, semalam.

Katanya, projek berkenaan berpotensi mengurangk­an kesesakan lalu lintas di pusat bandar dan membantu men- stabilkan harga hartanah yang semakin meningkat.

“Harga hartanah di pulau ini semakin meningkat disebabkan kurangnya infrastruk­tur untuk pelbagai industri termasuk sektor kewangan serta minyak dan gas.

“Projek bandar satelit ini akan membantu meningkatk­an infrastruk­tur komersial bagi memenuhi permintaan semasa dan juga pembanguna­n ekonomi jangka panjang pulau ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gancang, Arthur Kong, berkata pembanguna­n berkenaan mengandung­i lot kedai/pejabat, kompleks gudang, pasar raya besar, pangsapuri dan hotel.

“Ia adalah sebahagian aspirasi Pelan Perancanga­n Pembanguna­n Labuan 2030 dan akan menukar Labuan menjadi persekitar­an perniagaan yang dinamik serta bertenaga selain menjadi prasyarat yang sempurna untuk pertumbuha­n juga keuntungan,” kata Kong.

Katanya, projek itu juga akan menyediaka­n peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat tempatan serta komuniti perniagaan secara keseluruha­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia