Utusan Borneo (Sarawak)

Memantap jaringan perhubunga­n darat, mempermuda­h mobiliti rakyat, merangsang dan melonjakka­n aktiviti ekonomi

-

KOTA KINABALU: Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang dilancarka­n pada Mac 2015 lalu merupakan pemangkin kepada kemajuan ekonomi lebih pantas dan menyeluruh negeri Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Selain itu kata Musa projek berkenaan juga akan membantu merancakka­n agenda pembanguna­n negeri seperti yang digariskan melalui dasar Agenda Hala Tuju Negeri Sabah dan Pembanguna­n Koridor Sabah (SDC) yang sedang giat dilaksanak­an.

“Lebuh Raya Pan Borneo merupakan Akujanji kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke- 13 ( PRU13) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina lebuh raya di Sabah dan Sarawak.

“Bermula dari manifesto dan perancanga­n, disusuli dengan beberapa siri perbincang­an dan pemeteraia­n perjanjian, hari ini Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah telah dilaksanak­an mengikut beberapa fasa dan pakej,” katanya kepada Bernama.

Menurut Musa lebuh raya berkenaan kelak, selain memantapka­n jaringan perhubunga­n darat di Sabah yang akan mempermuda­hkan mobiliti rakyat, Pan Borneo juga akan merangsang dan melonjakka­n aktiviti ekonomi yang lain seperti pemasaran hasil produk pertanian serta menggalakk­an pembanguna­n produk pelanconga­n.

“..( Ia juga) merangsang pembanguna­n dan pertumbuha­n kawasan- kawasan ekonomi seperti perumahan dan komersial dengan adanya akses perhubunga­n darat yang cekap, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan kemahiran serta pengalaman kepada anak-anak tempatan,” katanya.

Musa berkata, lebuh raya berkenaan yang dibangunka­n kerajaan BN adalah bebas tol dan dengan itu semua lapisan rakyat akan menggunaka­nnya tanpa perlu membayar tol.

“Sekali lagi kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih atas keprihatin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pembanguna­n negeri dan keperluan rakyat dengan melaksanak­an lebuh raya ini, sekali gus memacu pertumbuha­n ekonomi negeri dengan lebih pantas den menyeluruh,” katanya.

Musa berkata, pelaksanaa­n projek lebuh raya membabitka­n 35 pakej kerja bernilai RM12.8 bilion yang bermula di Sindumin hingga ke Tawau dengan tujuh pakej sedang dilaksanak­an bermula pada April 2016.

Setakat Mac 2018 katanya, lima daripada pakej kerja itu pada peringkat kerja tanah untuk membina jajaran jalan raya dan jambatan manakala dua (pakej) lagi dalam proses memasuki tapak.

Menyentuh keberkesan­an projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) oleh kerajaan negeri Sabah, Musa berkata projek berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat di kawasan yang dikenal pasti sebagai lubuk kemiskinan mendapat pembelaan.

“Kadar kemiskinan semasa menunjukka­n penurunan yang sangat ketara dari 19.2 peratus pada tahun 2009 ke 2.9 peratus pada tahun 2016. MESEJ adalah salah satu program yang diperkenal­kan untuk membasmi kemiskinan.

“Dalam program ini, rakyat miskin dilibatkan dalam aktiviti ekonomi yang dapat menjana pendapatan. Umpamanya melalui penanaman kelapa sawit secara berkumpula­n,” katanya.

Menurutnya, program berkenaan terbukti berjaya menyumbang kepada peningkata­n pendapatan rakyat miskin dan mengeluark­an mereka daripada kepompong kemiskinan.

Musa berkata, ribuan rakyat sudah mendapat manfaat daripada program MESEJ yang dibangunka­n mengikut kesesuaian kawasan dan tanaman komersial seperti kelapa sawit dan getah atau program akuakultur di pesisir pantai.

“Kita berikan keutamaan kepada orang kampung yang tiada tanah, tiada rumah dan hidup susah. Sekarang ini mereka sudah ada rumah, ada tanah. Bagi diorang (mereka peserta MESEJ) ini satu keajaiban kerana mereka tidak pernah memikirkan ia akan berlaku.

“Tetapi ini yang kita lakukan. Jadi orang-orang yang miskin tegar dan hidup susah tidak lagi dikategori­kan sebagai orang miskin. Secara langsung atau tidak langsung, kita telah berjaya mengurangk­an kadar kemiskinan di Sabah,” katanya.

Menurutnya selain MESEJ, program membasmi kemiskinan lain yang dilaksanak­an kerajaan negeri di kawasan luar bandar termasukla­h Program Geran Tanah Komunal, Program Kampung Sejahtera (PKS) dan Ladang PPRT. — Bernama

 ??  ?? ADA PERUNTUKAN: Radin, Edward, Rubin dan Madiyem bersama pemimpin masyarakat Cina menghadiri Majlis Ramah Mesra 2018 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Daerah Tenom.
ADA PERUNTUKAN: Radin, Edward, Rubin dan Madiyem bersama pemimpin masyarakat Cina menghadiri Majlis Ramah Mesra 2018 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Daerah Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia