Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RM30 juta kepada pertubuhan setiap tahun

-

TENOM: Kerajaan negeri memperuntu­kkan lebih RM30 juta setiap tahun kepada pelbagai pertubuhan termasukla­h institusi pendidikan Cina.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, ia membuktika­n bahawa kerajaan tidak sesekali meminggirk­an keperluan masyarakat Cina termasuk kaum lain di negeri ini.

“Kerajaan juga sentiasa menghargai peranan dan sumbangan masyarakat Cina dalam pembanguna­n negara ini khususnya mengenai kejayaan yang dikendalik­an oleh masyarakat Cina untuk melahirkan warganegar­a Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang sosioekono­mi.

“Selain itu, kerajaan sentiasa berusaha memastikan semua hak dan kebebasan rakyat berbilang kaum sepertiman­a yang termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia dan Rukun Negara haruslah dipertahan­kan pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra 2018 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Daerah Tenom, di Dewan Antenom Tenom di sini pada Selasa.

Pada masa sama, Radin yang juga naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap agar masyarakat Cina di negeri ini khususnya di daerah ini dapat menyokong penuh kepimpinan BN pada pilihan raya yang akan datang ini demi kesinambun­gan pembanguna­n.

“Saya berharap rakyat khasnya masyarakat Cina, khususnya ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Cina di Tenom, agar bijak menilai dan tidak mudah terpengaru­h dengan pelbagai hasutan pihak tertentu terutamany­a parti pembangkan­g yang muncul menabur janji bila musim pilihan raya sahaja, dan menghilang­kan diri selepas musim pilihan raya,” katanya.

Hadir sama, Naib Presiden PBS Datuk Edward Yong Oui Fah, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah Datuk Raime Unggi, Ketua bahagian UMNO Tenom Datuk Rubin Balang, Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar dan Pengawai Daerah Tenom Madiyem Layapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia